MENU

IPOH: Sempena sambutan Tahun Baru Cina yang akan disambut minggu depan, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) meraikan 100 warga kota yang kurang bernasib baik.

Mereka terdiri daripada 50 penerima kaum Cina, masing-masing 20 penerima Melayu dan India serta 10 orang kurang upaya (OKU).

Majlis yang diadakan dengan kerjasama Majlis Masyarakat Sivil (MMS) MBI itu buat pertama kalinya diadakan di pekarangan bangunan MBI di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Whip MBI, Datuk Mohd Raduan Kassim, Setiausaha Bandaraya, Mohd Zakuan Zakaria dan Ketua Whip MMS, Sani Kamaruddin.

Sempena majlis itu, kumpulan yang diraikan menerima kotak makanan Yayasan Bina Upaya, biskut, maruku, limau Mandarin dan angpau.

Zamri di dalam ucapannya berkata, MBI tidak pernah melupakan golongan yang kurang bernasib baik, khususnya setiap kali musim perayaan.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada para penyumbang yang sentiasa tampil untuk membantu setiap kali MBI menganjurkan program-program seumpama itu.

  kredit : http://suaraperak.com/mbi-rai-100-warga-kurang-bernasib-baik-sempena-tbc/