MENU

Program Cabutan Bertuah Cukai Taksiran di Majlis Bandaraya Ipoh ini telah dilaksanakan beberapa tahun yang lalu. Sejak diperkenalkan, pembayaran setahun Bil Cukai Taksiran telah meningkat tahun demi tahun. 

Peningkatan yang berlaku ini adalah tanda-tanda positif wargakota menyambut baik pembayaran Setahun Bil Cukai Taksir dan seterusnya Cabutan Bertuah yang dijalankan oleh pihak Majlis Bandaraya Ipoh.

Pemberian hadiah-hadiah hebat dalam program cabutan bertuah ini juga adalah sebagai  tanda penghargaan dan terima kasih pihak Majlis kepada pembayar-pembayar cukai yang melaksanakan tanggungjawab mereka kepada Bandaraya Ipoh.

Bagi tahun 2018, pelbagai Hadiah-Hadiah Cabutan Bertuah yang menarik ditawarkan untuk dimenangi oleh wargakota yang bertuah. Pembayar yang membuat bayaran Cukai Taksiran Setahun dan tanpa tunggakan layak menyertai Cabutan Bertuah yang menawarkan hadiah utama iaitu sebuah kereta Perodua Axia Auto.

Selain dari itu, Majlis juga menawarkan pelbagai hadiah-hadiah menarik berupa motosikal, basikal, komputer desktop, peralatan elektrik dan hadiah saguhati yang menarik.

Majlis juga menyediakan 35,000 unit cenderahati menarik yang berupa ‘Mug’ kepada wargakota yang membuat pembayaran awal Bil Cukai Taksiran Tahun 2018.