MENU

Bil Cukai Taksiran Penggal Pertama bagi tempoh Jan-Jun 2018 mula dikeluarkan pada pertengahan bulan November dan telah diterima oleh pihak wargakota untuk pembayaran.

Walau bagaimanapun, wargakota diberi pilihan samada ingin membuat pembayaran Cukai Taksiran bagi Penggal Pertama ataupun selama setahun di dalam Bil Cukai Taksiran bagi tahun 2018 tersebut.

Bagi pembayar yang membuat bayaran Cukai Taksiran Setahun dan tanpa tunggakan, mereka layak menyertai Cabutan Bertuah bagi Tahun 2018 yang menawarkan 30 hadiah utama  berupa sebuah kereta Perodua Axia Auto, 4 buah motorsikal, 3 buah basikal, komputer desktop, barangan elektrik serta 200 unit barangan saguhati yang menarik.

Bagi pembayar awal Cukai Taksiran Tahun 2018 pula, pihak Majlis  telah menyediakan sebanyak 35,000 unit hadiah yang menarik berupa ‘mug’ sebagai cenderahati.

Jika wargakota tidak menerima bil cukai taksiran, bil tersebut boleh dicetak semula di kaunter One Serve Majlis Bandaraya Ipoh atau dengan melayari laman sesawang MBI di alamat www.mbi.gov.my.

Pihak Majlis juga melantik agen-agen kutipan untuk memudahkan wargakota membuat bayaran bil-bil Majlis dan pelbagai saluran serta kaedah bayaran disediakan seperti:

  • Pembayaran secara ‘online’ melalui bank-bank tempatan dengan menggunakan perkhidmatan JomPAY;
  • Pembayaran secara ‘online’ melalui laman sesawang MBI dialamat www.mbi.gov.my dengan menggunakan perkhidmatan secara FPX;
  • Pembayaran di kaunter seperti Pejabat Pos di kawasan Bandaraya Ipoh, kaunter Bank Simpanan Nasional, kaunter Pejabat Daerah dan Tanah Kinta dan kaunter PBT di dalam Negeri Perak;
  • Pembayaran menggunakan kad kredit atau kad debit Visa /Mastercard /Amex (Bank Tempatan).

Untuk memudahkan wargakota membuat pembayaran,Kaunter Bayaran Ibu Pejabat MBI Greentown juga akan dibuka pada setiap hari Sabtu dan Ahad (jam 9.00 pagi hingga 1 petang mulai Disember 2017, Januari, Februari, Ogos 2018) kecuali pada hari cuti umum.

Wargakota juga boleh membuat bayaran di Kaunter Bayaran MBI di UTC yang dibuka setiap hari mulai jam 8.30 pagi hingga 9.30 malam kecuali pada hari cuti umum.

Bil Cukai Taksiran Penggal Pertama 2018 ini perlu dijelaskan pada atau sebelum pada 28hb Februari 2018 dan pihak Majlis akan mula mengenakan Notis  (Borang E) pada 1 Mac 2018. Penguatkuasaan ini berdasarkan Seksyen 147, Akta 171 (Akta Kerajaan Tempatan 1976) kepada pemilik harta pegangan yang gagal menjelaskan bayaran cukai taksiran selepas tamat tempoh pembayaran.

Oleh itu, wargakota yang masih belum menjelaskan bayaran cukai taksiran juga dinasihatkan supaya berbuat demikian dengan segera bagi mengelakkan sebarang tindakan penguatkuasaan diambil terhadap mereka.