MENU

Dato Zamri Man, Datuk Bandar Ipoh telah dianugerahkan Penolong Pesuruhjaya Bomba (Kehormat) dan Pingat Kebesaran Tertinggi Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia iaitu Pingat Ketua Pengarah Bomba di The Orient Star Resort, Lumut pada 4 MAC 2018.

    Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Dato' Sri Haji Wan Mohd Nor bin Haji  Ibrahim, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bagi menghargai usaha dan bakti yang diberikan oleh Dato' Zamri Man terhadap jabatan Bomba  dan Penyelamat Malaysia. Ia turut disaksikan oleh Pengarah Bomba Negeri perak dan pegawai-pegawai kanan  Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

    Menurut Dato' Zamri Man, anugerah ini bukan sahaja satu pengiktirafan buat beliau tetapi juga kepada seluruh warga MBI dan wargakota Ipoh.

    Beliau amat terharu dengan anugerah tertinggi ini kerana beliau sentiasa memberikan perkhidmatan serta bantuan dan sokongan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dalam menjalankan program dan aktiviti untuk kesejahteraan rakyat tanpa mengharapkan apa-apa pengiktirafan.

    Semoga anugerah seumpama ini akan menyuntik lebih semangat kepada Dato' Zamri Man dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada warga MBI, wargakota Ipoh, agensi kerajaan dan swasta serta Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).