MENU

KAUNTER BERGERAK MAJLIS BANDARAYA IPOH YANG BAHARU
 

Kaunter Bergerak Majlis Bandaraya Ipoh mula beroperasi pada Januari, 2010 dan dikenali sebagai KAUNTER RAKYAT MBI. Kaunter Bergerak ini adalah merupakan hasil daripada inovasi dimana sebuah van berjenama Mercedes Benz yang dibeli pada tahun 1981 telah dibaikpulih dan diubahsuai kepada Kaunter Bergerak.

Kaunter Bergerak ini telah memberi perkhidmatan dan kemudahan kepada wargakota Ipoh bagi urusan bayaran Bil-bil Majlis dan telah dibuka di beberapa lokasi di sekitar Bandaraya Ipoh seperti di kawasan rumah pangsa milik Majlis, pasar-pasar awam, Pejabat Tanah, Pejabat Pos dan juga kawasan perumahan yang terpilih semasa waktu puncak. 

Kaunter Bergerak yang telah diperkenalkan ini juga adalah sebagai alternatif dan penyelesaian jangka pendek bagi mengurangkan kesesakan di kaunter Majlis terutamanya pada waktu puncak dan juga sebagai tambahan saluran perkhidmatan kaunter pembayaran kepada wargakota.

Pembayaran melalui Kaunter Bergerak juga telah meningkat tahun demi tahun dimana pada tahun 2016 yang lalu, Majlis telah merekod kutipan sebanyak RM 235,170 manakala pada tahun 2017 pula sebanyak RM 256,030. Peningkatan yang berlaku ini adalah tanda-tanda positif wargakota menyambut baik kepada perkhidmatan yang disediakan.

Sehubungan dengan penerimaan yang baik tersebut, pihak Majlis telah membuat keputusan untuk menggantikan Kaunter Bergerak yang lama tersebut kerana keadaan yang semakin uzur dan memerlukan penyelenggaraan yang lebih kepada Kaunter Bergerak yang baharu, lebih moden dan menepati keperluan perkhidmatan Majlis.

Pihak Majlis juga telah merangka jadual yang bersesuaian untuk melancarkan lagi operasi Kaunter Bergerak ini dan pada tahun ini pihak Majlis akan menumpukan kepada kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan wargakota seperti pasaraya-pasaraya besar di Ipoh, pasar-pasar besar, rumah-rumah pangsa milik Majlis dan juga membuka ruang untuk wargakota membuat permohonan supaya Kaunter Bergerak ini boleh beroperasi di tempat masing-masing mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Pihak Majlis berharap agar Kaunter Bergerak yang baharu ini dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik dan memenuhi permintaan masyarakat serta meningkatkan kemudahcapaian pihak awam untuk membuat bayaran terutamanya bil-bil Majlis disamping dapat memberi perkhidmatan yang terbaik serta dapat meningkatkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan kepada wargakota Ipoh.

JADUAL KAUNTER BERGERAK

*** klik untuk paparan penuh