MENU

  

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA,

 

Portal Rasmi Majlis Bandaraya Ipoh merupakan salah satu platform dan saluran untuk menyampaikan informasi serta mendapatkan maklumbalas dalam usaha untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada wargakota Ipoh.

Ia secara tidak langsung akan mendekatkan lagi hubungan antara Majlis Bandaraya Ipoh dengan para pelanggannya secara online melalui perkhidmatan online yang disediakan seperti e-aduan, e-lesen, OSC Online, e-semak, e-cetak dan e-bayaran. Hubungan yang erat ini akan mewujudkan kesepakatan dalam membantu MBI menjadikan Ipoh sebuah bandaraya yang Bersih, Hijau dan Maju. 

Tanggungjawab membangunkan Bandaraya Ipoh bukan hanya terletak di bawah tanggungjawab MBI semata-mata, tetapi memerlukan penglibatan dan kerjasama wargakota Ipoh, agensi kerajaan dan swasta serta Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

Oleh yang demikian, MBI sentiasa mengalu-alukan cadangan, pandangan, maklumbalas dan idea-idea baru dalam usaha mempertingkatkan lagi perkhidmatan.

Sekian, terima kasih.

 

DATO' AHMAD SUAIDI BIN ABDUL RAHIM

Datuk Bandar Ipoh