MENU

MBI 1 berjaya menundukkan LAP FC 3-0 dlm perlawanan terakhir dan penutup tirai LIGA SUPER Persatuan Bolasepak Ipoh 2017/2018 yg berlangsung di Stadium Perak pada 29/10/2018 jam 8.45 malam. Perlawanan tersebut sememangnya amat dinanti-nantikan oleh peminat dan penyokong bolasepak tempatan kerana menampilkan 2 pasukan teratas yang bersaing bagi merebut kejuaraan Liga Super 2017/2018.

Sebelum sepak mula, LAP FC yang mempunyai kelebihan 2 mata di hadapan MBI 1 hanya memerlukan seri bagi menjulang kejuaraan liga.

MBI 1 yang tampil dengan misi ‘do-or-die’ bermula garang dan menampilkan aksi bertenaga sejak perlawanan bermula kerana mereka menyedari hanya kemenangan yang mampu menobatkan mereka sbg juara liga.

MBI 1 memperolehi peluang terbaik  utk mendahului pd minit ke-10 apabila kapten pasukan Mohd Fadli bin Zahari berjaya meloloskan diri daripada kawalan pertahanan lawan namun rembatan padu beliau tinggi melewati palang gol LAP FC.

Seakan terkejut dengan serangan bertali arus oleh MBI 1, LAP FC yang bermain secara bertahan sejak awal, sekali sekali cuba melancarkan serangan balas dan hampir dapat menyamakan kedudukan melalui cubaan tepat yob parit namun ketangkasan mengagumkan penjaga gawang MBI 1 melayangkan badan secara akrobatik berjaya menafikan peluang LAP FC.

MBI 1 terus mengatur serangan demi serangan mencari gol pendahuluan akhirnya berjaya memecah kebuntuan apabila penyerang MBI 1, Mohd Hanifuddin b. Abd. Rahman berjaya memperdayakan penjaga gol LAP FC pada minit ke-26 hasil gerakan dan umpanan cantik oleh Mohd Zahiruddin b. Zulkifli. Jaringan 1-0 tersebut kekal pada separuh masa pertama.

Separuh masa kedua bermula dengan LAP FC cuba mengatur serangan mencari gol penyamaan namun mudah dipatahkan oleh barisan pertahanan MBI 1 dan menyedari pemain-pemain LAP FC yang sudah mula keletihan, MBI 1 meneruskan penguasaan segenap inci padang dan bermain dengan tempo tinggi dan laju. Akhirnya MBI 1 menggandakan jaringan gol melalui gerakan pantas dari tengah padang dan disudahkan dengan tenang oleh Kamaljit Singh pada minit ke-68.

Jaringan tersebut ternyata menyentap semangat pemain-pemain LAP FC untuk terus memberi saingan. Manakala bagi MBI 1, seperti tidak berpuas hati dengan 2 gol, menambah derita dan memadam terus saki-baki perjuangan LAP FC dengan jaringan ketiga oleh kapten pasukan MBI 1, Mohd Fadli bin Zahari pada minit ke-78 melalui gerakan yang dimulakan di sebelah kiri gawang LAP FC. Kedudukan 3-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Kemenangan tersebut mengesahkan kedudukan pasukan MBI 1 selaku JUARA LIGA SUPER Persatuan Bolasepak Ipoh tahun 2017/2018.

Liga Super Ipoh bg musim 2017/2018 ini menyaksikan 12 pasukan yg mengambil bahagian dan pasukan MBI 1 muncul satu2 nya pasukan yg tidak pernah tewas dlm kesemua 11 perlawanan liga.

MBI 1 berjaya mengharungi 10 perlawanan liga dgn memenangi 7 perlawanan dan seri 3 kali serta mengumpul 24 mata keseluruhan. LAP FC muncul naib juara dan tempat ke-3 milik pasukan DJR ‘A’

Kejayaan MBI 1 muncul juara Liga Super Ipoh 2017/2018 melayakkan MBI 1 membawa pulang hadiah wang tunai sbyk RM6,000 berserta Piala Pusingan, Piala Iringan dan medal.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Ipoh, Ybhg. Clr. Mejar (B) Kamaruddin b. Abd. Aziz yang mewakili Datuk Bandar Ipoh.

Perlawanan tersebut turut disaksikan kira-kira 3,000 peminat setia dan penyokong bolasepak tempatan yg hadir memberi sokongan kepada pasukan masing2.

Kapten Pasukan MBI 1, Mohd Fadli b. Zahari berkata kejayaan ini adalah kejayaan paling manis setelah menunggu hampir 3 tahun. Segala kerja keras, pengorbanan dan komitmen pengurusan, jurulatih dan pemain amat berbaloi. Semua pemain mendedikasikan kemenangan ini khas buat pengurus pasukan, Tuan Mohd Zakuan b. Hj. Zakaria, kerana beliaulah yg menjadi tunjang pasukan MBI 1 sejak ditubuhkan dan merealisasikan impian utk bergelar juara liga.