MENU

LATAR BELAKANG

Jabatan Teknologi Maklumat merupakan jabatan yang menyediakan perkhidmatan sokongan kepada Majlis. Merupakan penggerak utama kepada kelancaran urusan pentadbiran dan operasi Majlis. Jabatan ini bertanggungjawab menyedia dan menyelaraskan keperluan ICT Majlis yang merangkumi peralatan ICT, peralatan multimedia, rangkaian, internet, emel, sistem aplikasi, portal Majlis, keselamatan ICT dan bantuan teknikal. Unit ini juga menentukan hala tuju pelaksanaan ICT Majlis menerusi Pelan Strategik ICT yang dikemaskini dari semasa ke semasa selaras dengan dasar-dasar ICT Kerajaan dan perkembangan ICT semasa yang berubah dengan sangat cepat.

Jabatan Teknologi Maklumat terdiri daripada tiga seksyen seperti berikut:

  1. Seksyen Rangkaian dan Keselamatan ICT;
  2. Seksyen Sistem Aplikasi; dan
  3.  Seksyen Khidmat Sokongan dan Am.

 

FUNGSI UTAMA JABATAN

SEKSYEN RANGKAIAN DAN KESELAMATAN ICT

  1. Menyedia, melaksana dan mengemaskini Dasar Keselamatan ICT MBI / Garis Panduan Keselamatan ICT dan prosedur / tatacara penggunaan ICT dari semasa ke semasa serta memantau pematuhan garis panduan / prosedur / tatacara tersebut serta menyediakan laporan ketidakpatuhan.
  2. Menyedia dan menyelaras keperluan infrastruktur ICT Majlis
  3. Mengkaji penggunaan rangkaian, internet dan kawalan keselamatan ICT serta melakukan penambahbaikan dari masa ke semasa.
  4. Menangani sebarang insiden keselamatan ICT yang berlaku ke atas Majlis.
  5. Membangun, mengemaskini dan menyediakan platform keperluan GIS Majlis semasa

SEKSYEN SISTEM APLIKASI

  1. Membangun, menyelenggara dan mempertingkatkan sistem-sistem aplikasi Majlis yang dibangunkan secara in-house
  2. Memantau serta menyelaras pembangunan dan menyelenggara sistem-sistem apikasi yang dibangunkan oleh pihak perunding Majlis
  3. Mengkaji penggunaan sistem-sistem aplikasi Majlis sediaada dari semasa ke semasa untuk tujuan penambahbaikan.
  4. Menyediakan dan mengemaskini Manual Pengguna dan Manual Sistem untuk setiap sistem aplikasi yang dibangunkan secara in-house.

SEKSYEN KHIDMAT SOKONGAN DAN AM

  1. Menyedia, melaksana dan mengemaskini Pelan Strategik ICT Majlis Bandaraya Ipoh
  2. Menyedia dan mengurus bajet tahunan untuk Unit Teknologi Maklumat amnya dan keperluan ICT Majlis khususnya
  3. Merancang, menyelaras serta menguruskan keperluan dan perolehan kemudahan dan perkhidmatan ICT Majlis.
  4. Menguruskan dan mengemaskini rekod aset dan inventori ICT Majlis.
  5. Menguruskan pelupusan aset ICT Majlis.
  6. Menguruskan dan mengemaskini Laman Web / Portal Majlis Bandaraya Ipoh.
  7. Menyelaras, memantau dan menguruskan khidmat sokongan pengguna dan bantuan teknikal
  8. Menguruskan mesyuarat dan jawatankuasa ICT peringkat Majlis
  9. Menyediakan salinan data dan sistem (backup)
  10. Merancang, menyelaras dan mengadakan taklimat, latihan dan kursus ICTuntuk anggota-anggota Majlis dan pihak luar.
  11. Merancang, menyelaras dan memantau kerja-kerja promosi untuk semua perkhidmatan online Majlis
  12. Menguruskan stor utama bagi alatulis komputer, peralatan gantian dan peralatan ‘standby/backup’ ICT
  13. Menguruskan hal-hal pentadbiran JabatanTeknologi Maklumat