MENU

Tahniah diucapkan kepada Y.Bhg. Dato Zamri Man, Datuk Bandar Ipoh kerana telah dianugerahkan 'The Best Destination Manager Award' Sempena The 8th TPO General Assembly For Asia Pacific Cities, Tongyeong City, Republic Of Korea.

Semoga kejayaan ini akan meneruskan kecemerlangan beliau dalam mentadbir Majlis Bandaraya Ipoh yang telah dipilih sebagai Pihak Berkuasa Tempatan Terbaik di Malaysia dan Ipoh sebagai Bandar Terbersih di Malaysia.

Kejayaan ini adalah hasil daripada kerjasama berpasukan MBI.

TPO General Assembly kali ini telah diketuai oleh Encik Zakuan Zakaria, Setiausaha Bandaraya yg mewakili Datuk Bandar Ipoh, 2 org Ahli Majlis dan 3 org pegawai kanan.

Keahlian TPO adalah terdiri dari 10 negara yang diwakili oleh 81 buah bandaraya dan agensi/badan pelancongan.

MAJLIS BANDARAYA IPOH