MENU

TAJUK : KEARAH IPOH BANDARAYA BERSIH, HIJAU DAN MAJU YANG RENDAH KARBON DAN SELAMAT

‘Apakah cadangan anda bagaimana Perniagaan Sosial boleh membantu dalam menangani isu-isu alam sekitar dan jenayah bagi mewujudkan ipoh kearah sebuah bandaraya bersih, hijau dan maju yang rendah karbon dan selamat’.

>>> HANTAR CETUSAN IDEA ANDA <<<

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN:

  1. Penyertaan terbuka kepada semua warga kota Ipoh yang berumur 13 tahun dan ke atas.
  2. Penyertaan adalah percuma serta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan.
  3. Setiap idea mesti mengemukakan cara perlaksanaan yang berkesan dan tindakan-tindakan bersama yang perlu dilaksanakan bagi mencapai bandaraya bersih, hijau, rendah karbon dan selamat.
  4. Setiap penyertaan hendaklah dalam Bahasa Malaysia dan mengandungi sebanyak 100 hingga 200 patah perkataan.
  5. Cetusan idea hendaklah asli dan tidak diciplak atau diambil daripada pihak ketiga.
  6. Semua cetusan idea yang dikemukakan akan menjadi hak milik Majlis dan tidak akan dikembalikan. Majlis berhak ke atas cetusan idea yang terpilih samada untuk dipinda atau diubahsuai ataupun bagi maksud untuk digunakan atau dipamerkan ataupun dicetak dalam mana-mana program Majlis.
  7. Penyertaan boleh dihantar melalui borang online ke laman sesawang www.mbi.gov.my pada ruangan CETUSAN IDEA WARGA KOTA atau dihantar ke alamat seperti berikut:

Urusetia Cetusan Idea Warga Kota 2017

d/a Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan ,

Jabatan Perancang Bandar,

Majlis Bandaraya Ipoh, Greentown 31400 Ipoh.

  1. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 16 November ( Khamis ).
  2. Urusetia program dan Panel Juri tidak layak menyertai pertandingan ini.
  3. Maklumat yang tidak lengkap akan ditolak.
  4. Penyertaan yang dikemukakan lewat tidak akan dilayan dan akan ditolak.
  5. Panel Juri akan dilantik oleh pihak urusetia dan keputusan juri adalah MUKTAMAD.
  6. Pemenang akan dihubungi melalui surat rasmi oleh pihak majlis.
  7. Sebarang pertanyaan, sila emel kepada cetusanidea@mbi.gov.my.