MENU

 

SYARAT- SYARAT PERTANDINGAN FOTOGRAFI HARI INOVASI MAJLIS BANDARAYA IPOH 2017

OBJEKTIF

  1. Meningkatkan kemahiran inovasi dan kreativiti di kalangan warga Ipoh dalam menghasilkan karya mengikut tema yang telah ditetapkan.
  2. Menjadi platform kepada warga Ipoh berkongsi menunjukkan hasil inovasi melalui lensa fotografi.
  3. Menambahkan pengkalan data foto-foto kreatif MBI yang berkualiti.
  4. Memupuk minat dikalangan masyarakat serta mengukur keupayaan melalui cetusan idea yang dipaparkan.

PENYERTAAN

  1. Pertandingan ini terbuka kepada semua Warga Kota Bandar Raya Ipoh yang beralamat di sekitar Ipoh.
  2. Penyertaan adalah percuma.
  3. Peserta hendaklah ‘like’ dan ‘share’ Facebook rasmi Pertandingan Fotografi Hari Inovasi MBI 2017 dengan carian: Fotografi Majlis Bandaraya Ipoh
  4. Penyertaan hendaklah dihantar ke emel fotografimbi@mbi.gov.my pada / sebelum 20 November 2017 (Isnin) jam 12.00 tengahari bersama-sama butiran seperti berikut:

                a) Nama

                b) No. Kad Pengenalan

                c) Alamat

                d) No. Telefon

                e) Emel

                f) Penerangan Foto

  1. Penyertaan yang lewat tidak akan diterima.
  2. Hanya tiga penyertaan sahaja yang dibenarkan bagi setiap peserta.
  3. Penerangan foto hendaklah kreatif serta mengikuti tema dan tidak melebihi 30 patah perkataan dalam Bahasa Malaysia. Penyertaan tanpa penerangan tidak akan diterima.

 

TEMPOH PERTANDINGAN

  1. Pertandingan ini akan berlangsung pada 30 Oktober 2017 – 20 November 2017.
  2. Penyertaan hendaklah dihantar ke emel fotografimbi@mbi.gov.my pada / sebelum 20 November 2017 (Isnin) jam 12.00 tengahari

TEMA

  • Setiap foto mestilah bertemakan: “Warga Inovatif, Ipoh Progresif”
  • Interpretasi para peserta terhadap tema adalah bebas selagi ia tidak terkeluar daripada tema asas.

 

PENILAIAN

  • Hanya foto yang terpilih akan dimuat naik ke dalam Facebook rasmi Pertandingan Fotografi Hari Inovasi MBI 2017 dengan carian: Fotografi Majlis Bandaraya Ipoh
  • Peserta dibenarkan ‘share’ foto di Facebook dan foto yang mendapat ‘like’ yang tertinggi beserta penilaian daripada Juri Professional akan dikira sebagai pemenang.
  • Penilaian Juri Professional berdasarkan tema, kreativiti, komposisi sudut serta kejelasan gambar.

TEKNIK

  1. Foto yang dihantar mestilah diambil dengan menggunakan kamera digital, DLSR atau telefon bimbit.
  2. Semua foto yang dihantar mestilah dalam bentuk digital (format JPEG) dengan saiz yang tidak melebihi 10 MB.
  3. Foto digital superimposed tidak akan diterima. Gambar komposit, gambar helah atau manipulasi juga tidak akan diterima. Hanya proses merapikan imej seperti cropping, brightness, contrast, softening dan sharpening sahaja dibenarkan.

HAK MILIK

  1. Gambar yang dihantar hendaklah asli, belum pernah menyertai mana-mana pertandingan fotografi dan tidak mengandungi unsur-unsur sensitif yang boleh menyinggung mana-mana pihak.
  2. Gambar yang dihantar akan menjadi hak millik Majlis Bandaraya Ipoh. Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat tuntutan dari pihak ketiga.

 

HADIAH

  • Tempat Pertama – RM300
  • Tempat Kedua – RM200
  • Tempat Ketiga – RM150
  • Hadiah saguhati x 3 – RM100
  • Hadiah saguhati pengadil – RM150