MENU

Kerja-kerja penyelenggaraan dan menaik taraf Medan Selera Stadium Perak akan dilaksanakan mengikut dua peringkat dan dijangka siap pada 30 April 2018. Peniaga-peniaga yang meniaga di medan selera tersebut akan ditempatkan di tapak perniagaan sementara di sepanjang tempoh perlaksanaan kerja-kerja menaik taraf tersebut.

Terdapat sejumlah 70 pelesen di medan selera tersebut. Pembinaan gerai sementara telahpun bermula pada bulan Ogos yang lalu dan sebanyak 32 gerai dari nombor 39 hingga gerai nombor 70 telah pun dipindahkan ke gerai sementara bermula pada September 2017. Perlaksanaan kerja-kerja menaik taraf peringkat permulaan ini akan mengambil masa selama 5 bulan dan dijangka siap pada penghujung Disember 2017.

Kerja-kerja penyelenggaraan peringkat kedua pula akan melibatkan seramai 38 peniaga dan ianya dijangka bermula pada Januari 2018 serta disiapkan pada penghujung bulan April 2018.