MENU

Program Ipoh Car Free Day bagi bulan Disember 2019 terus mendapat sambutan daripada wargakota walaupun pertukaran lokasi dari Jalan Raja DiHilir ke Jalan Sultan Abdul Jalil dan Persiaran Bandaraya, Greentown, Ipoh. Oleh kerana pertukaran lokasi ini dibuat sebagai percubaan, maka tiada penganjuran sebarang acara utama seperti kayuhan, larian atau berjalan santai disediakan bagi bulan ini. Acara-acara ini pada edisi CFD yang lalu berkeupayaan menarik penyertaan wargakota yang ramai.

Pertukaran lokasi secara percubaan bagi bulan Disember 2019 ini adalah bagi membolehkan pihak MBI melaksanakan kajian impak terhadap pergerakkan lalulintas serta mengenal pasti penyelesaiaan terhadap sebarang masalah yang dihadapi oleh penghuni kediaman dan premis-premis perniagaan yang terlibat dikawasan tersebut semasa program tersebut berjalan dari pukul 6.30 pagi sehingga 10.30 pagi pada hari Ahad minggu keempat setiap bulan.

MBI akan terus melaksanakan penambahbaikan dalam penganjuran Ipoh Car Free Day dan mengatasi sebarang masalah yang dikenalpasti dengan perubahan lokasi ini. Matlamat penganjuran program Ipoh Car Free Day ini akan kekal sebagai agenda untuk mentransformasikan Ipoh sebagai sebuah Bandar Rendah Karbon selaras dengan Cabaran Bandar Rendah Karbon 2030 (LCC2030C) yang dianjurkan oleh MESTEC disamping sebagai langkah kesedaran inisiatif mengurangkan intensiti pelepasan karbon keseluruhan di Ipoh.

Ini adalah sebagai sumbangan MBI dalam membantu mencapai komitmen negara untuk mengurangkan pelepasan gas rumah kaca sebanyak 45 peratus menjelang tahun 2030.