MENU

19 Januari 2020 - Kira-kira 4,200 pengunjung yang terdiri dari pelbagai kaum di Bandaraya Ipoh dan kawasan sekitarnya telah menyertai Ipoh Car Free Day’ yang berlangsung di Jalan Sultan Abdul Jalil. Ia turut dihadiri oleh Encik Mohd Zakuan bin Haji Zakaria, Setiausaha Bandaraya, Encik Zulqarnain Mohamad, YDP MPKK, AhliMajlis dan ketua jabatan MBI.

Program yang bermula sejak jam 7.00 hingga 10.00 pagi itu merupakan kali ke 48 sejak ia diadakan pada Oktober 2015.

Tema utama Ipoh CFD pada bulan Januari ini adalah Sambutan Tahun Baru Cina.

Antara acara yang telah diadakan adalah Red Festival@TT5 dan Ulangtahun Ke-82 TT5 yang melibatkan Pertandingan Memakan Limau Mandarin, Pertandingan Mengira Chopstick, Pertandingan Choc dan Chopstick, Memotong Kek, Yee Sang dan Cabutan Bertuah.

Antara acara yang turut menarik minat para pengunjung adalah senamrobik dan Kayuhan Tahun Baru Cina oleh Speda Klasik.

Antara agensi dan NGO yang terlibat adalah Ipoh City Watch (ICW) yang mengadakan kempen "Hentikan Pencemaran Plastik", Access Kick Boxing Centre, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Pejabat Kesihatan Daerah Kinta, Hevea KB, Perkeso, Alpro Physio, Cycledios, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Tower Regency, ISMA, Daybreak, Best Computer, Jabatan Kebajikan Masyarakat, McDonalds Puspanita, PDRM, Perpustakaan Tun Razak dan KPJ Hospital.

CFD 012020