MENU

KESELESAAN & KESELAMATAN ADALAH KEUTAMAAN MBI

20 MEI 2020 - Keselesaan dan keselamatan pengguna jalan raya di Bandaraya Ipoh adalah keutamaan utama Majlis Bandaraya Ipoh pada setiap masa.

Oleh itu, walaupun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, Jabatan Landskap  Majlis Bandaraya Ipoh terus komited menjalankan kerja-kerja mengalih pokok tumbang dan membuka laluan kepada pengguna jalan raya.

Kejadian pokok tumbang seumpama ini kerap berlaku akhir-akhir ini disebabkan oleh hujan lebat.

Antara lokasi berkenaan adalah sekitar Stadium, Jalan Raja Musa Aziz, Jalan Hospital, Greentown, Jalan Pasar, Kampung Simee dan Jalan Sybil Kathigasu.

Pada petang hingga malam tadi, hanya kerja-kerja mengalih dan membuka laluan sahaja dijalankan manakala kerja-kerja pembersihan pula akan dijalankan pada keesokan hari.