MENU

Dimaklumkan bahawa Taman Rekreasi Gunung Lang akan ditutup selama 7 hari mulai 22 hingga 28 Mei 2020 bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembersihan.

Pembersihan ini dilaksanakan oleh Jabatan Landskap MBI bagi membersihkan taman tersebut daripada pokok tumbang akibat ribut dan hujan lebat semalam.

Taman ini akan dibuka semula seperti biasa pada 29 Mei 2020.

MBI berharap pembersihan ini akan memberi lebih keyakinan kepada wargakota Ipoh tentang tahap kebersihan taman berkenaan disamping bersama-sama menjaga kebersihan demi memastikan keselamatan para pengunjung di tahap yang terbaik.