MENU

22 Jun 2020 - Seramai 8 Ahli Majlis telah mengangkat sumpah jawatan dalam 2 kumpulan di Dewan Mesyuarat MBI pada pagi tadi. Ia adalah tambahan kepada 17 Ahli Majlis yang telah mengangkat sumpah jawatan pada 4 Mei lalu.

Puan Puteri Holijah binti Muhamad Rali telah mengetuai kumpulan pertama manakala Dato' Haji Azizul Kama bin Abd Aziz pula mengetuai kumpulan kedua mengangkat sumpah jawatan.

Tempoh lantikan Ahli Majlis ini bermula dari 1 Mei 2020 hingga 30 April 2021.

Empat Ahli Majlis tersebut adalah dari Barisan Nasional (BN) dan masing-masing tiga daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan satu dari PAS.

Semoga pelantikan Ahli Majlis ini akan menjadi penghubung antara MBI dan wargakota Ipoh serta meneruskan kecemerlangan MBI sebagai antara PBT Terbaik di Malaysia.

#MBIDanAnda