MENU
 
15 Oktober 2020-Majlis Bandaraya Ipoh menjadi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tunggal meraih Anugerah dalam Pertandingan Inovasi Peringkat Negeri Perak 2020.
 
MBI telah disenaraikan antara 6 peserta terbaik daripada 30 penyertaan yang terdiri daripada agensi kerajaan negeri Perak. Inovasi dari Jabatan Perlesenan & Penguatkuasaan MBI yang memperkenalkan Sistem MyNorisk@MBI telah tersenarai sebagai pemenang Anugerah Potensi Inovasi.
 
Kemenangan itu membolehkan mereka membawa pulang wang tunai RM1000, sijil dan piala iringan.
Hadiah telah disampaikan oleh YAB Dato' Seri Ahmad Faizal bin Dato' Haji Azumu, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan.
 
MBI telah menghantar enam projek Inovasi dalam pertandingan Anugerah Inovasi pada tahun ini. Projek tersebut adalah Anti-Thief Service Door for Street Light (N = Tef), Rescue Team Tool Kits (RTTK), Posora CCTV dan System Project Contract (ProCont) dari Jabatan Kejuruteraan, Sistem MyNoRisk@MBI dari Jabatan Pelesenan dan Penguatkuasaan dan Sistem EIS@MBI dari Jabatan Teknologi Maklumat. Sambutan Hari Inovasi Peringkat Negeri Perak ini diadakan pada setiap tahun bagi memupuk budaya inovasi dalam diri penjawat awam.
 
Pada tahun ini, Sambutan Hari Inovasi ini bertemakan "Inovasi Hari Ini ke Arah Pengkomersilan Masa Hadapan”. Semoga pengiktirafan yang diperolehi oleh MBI ini akan memberi suntikan semangat dan penghargaan atas komitmen yang telah diberikan dalam setiap projek inovasi.