MENU

17 November 2020 - Majlis Bandaraya Ipoh telah memberikan kerjasama kepada Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh sempena Sambutan Hari Anak Pramatang Sedunia 2020 dengan memasang lampu ungu di Bulatan Sultan Yussuf dan Dewan Bandaran dari jam 8.00 hingga 12.00 malam.

Nyalaan lampu ungu tersebut adalah sebagai tanda sokongan MBI terhadap anak yang dilahirkan pramatang.

Diantara bangunan yang pernah memasang lampu ungu adalah Empire State Building di New York dan Menara Kuala Lumpur.

MAJLIS BANDARAYA IPOH