MENU
 
22 Februari 2021 - Program Lawatan Kerja Rasmi YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah, Menteri Tenaga dan Sumber Asli ke Geopark Lembah Kinta (Geotapak Gunung Lang dan Gua Matsoorat petang tadi.
 
Ia turut dihadiri oleh YB Dato' Nolee Ashilin binti Dato' Mohammed Radzi, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan & Pelancongan Negeri Perak, Y.Bhg. Datuk Zurinah binti Pawanteh, Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga dan Sumber Asli dan Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@ Md Daud, Datuk Bandar Ipoh.
 
Lawatan tersebut bertujuan melihat sendiri perkembangan terkini setelah Geopark Lembah Kinta diperakukan sebagai Geopark Kebangsaan oleh Jawatankuasa pada bulan Julai 2017 yang lalu.
Pemasyuhuran Geopark ini sebagai Geopark Kebangsaan Pertama telah disempurnakan oleh Kebawah DYMM Paduka Seri Sultan Perak pada bulan Disember 2018.
 
Geotapak Gunung Lang ialah salah satu geotapak dalam Geopark Lembah Kinta dan mempunyai keindahan dan keunikan Gugusan Bukit Batu Kapur Gunung Lang yang juga merupakan sebuah taman rekreasi yang terkenal di utara Bandaraya Ipoh.
 
MBI telah mewartakan Gugusan Gunung Lang sebagai Taman Rekreasi Awam pada tahun 1999 sebagai salah satu inisiatif memulihara dan memelihara kawasan tinggalan aktiviti perlombongan bjiih timah dan pengkuarian marmar.