MENU

MBI merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Encik Mohamad Firdaus bin Mohamad Shamsudin, Pembantu Awam (H11), Jabatan Landskap MBI di atas keprihatinan beliau menjalankan tanggungjawab walaupun di luar waktu kerja semasa kejadian banjir kilat pada 16 Mac 2021. Tindakan beliau yang prihatin untuk memastikan keselamatan orang lain terjaga akibat takungan air telah menyelamatkan pengguna jalanraya dari sebarang kemalangan jalanraya

Inilah sikap warga MBI yang patut dicontohi oleh seluruh wargakota Ipoh dalam memastikan Bandaraya Ipoh menjadi sebuah Bandaraya yang Sejahtera.