MENU
7 April 2021 - Majlis Penyampaian Hadiah Utama Cabutan Bertuah Cukai Taksiran MBI 2021 telah diadakan tengahari tadi di Dewan Azlan Shah, Tingkat 10, Bangunan MBI, Ipoh.
 
Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh telah mencabut 30 slip cukai taksiran tersebut. Ia turut dihadiri oleh Y.Bhg Clr. Mahader Ahmad bin Mohammad Ayob, Clr. Tuan Haji Abu Bakar bin Hussian, Ketua WHIP, Puan Zuraina binti Kamarul Ariff, Setiausaha Bandaraya, Puan Saidatul Akma binti Jamaludin, Pengarah Kanan, Ketua Jabatan MBI dan media.
 
Program Cabutan Bertuah Cukai Taksiran di MBI telah dilaksanakan sejak beberapa tahun yang lalu dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Pemberian hadiah-hadiah hebat dalam program cabutan bertuah ini adalah sebagai tanda penghargaan dan terima kasih MBI kepada pembayar-pembayar cukai yang melaksanakan tanggungjawab mereka.
 
Para pemenang pada tengahari ini juga adalah terdiri dari mereka yang sangat bertuah dan merupakan ‘Good Pay Master’ kepada MBI dengan membuat pembayaran Cukai Taksiran setahun.
Pada tahun ini, pihak Majlis telah menawarkan hadiah-hadiah yang menarik berupa wang tunai berjumlah keseluruhan RM76,000.00 untuk dimenangi oleh wargakota yang bertuah dengan hadiah utama bernilai RM 20,000.00 serta 200 hadiah saguhati.
 
Pada 29 Mac 2021, MBI telah melaksanakan 230 cabutan bertuah bagi mengetahui wargakota yang berjaya menjadi pemenang dan pada tengahari ini MBI mengadakan cabutan khas sekali lagi sebanyak 30 cabutan bagi menentukan pemilik Hadiah-hadiah Utama yang ditawarkan.
 
Pada tahun ini, sebanyak 141,191 bil yang telah membuat pembayaran setahun berbanding tahun 2020 iaitu 148,174 bil, manakala jumlah bayaran lebihan adalah sebanyak RM 36.45 juta berbanding RM 39.5 juta pada tahun 2020. Walaupun terdapat sedikit pengurangan, jumlah ini masih ditahap yang membanggakan walaupun berada didalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
 
Pembayaran ini adalah tanda-tanda positif wargakota menyambut baik Bil Setahun Cukai Taksiran yang diperkenalkan serta Cabutan Bertuah yang dilaksanakan oleh MBI.
 
Semoga sokongan padu yang berterusan dari warga kota kepada Majlis dalam menjalankan tanggungawab mereka menjelaskan cukai taksiran akan membantu merealisasikan hasrat menjadikan Ipoh Bandaraya yang Bersih, Hijau dan Maju.