MENU

PROFAIL SETIAUSAHA BANDARAYA

Hajjah Zuraina binti Kamarul Ariff telah dilantik sebagai Setiausaha Bandaraya pada 1 Julai 2020. Dilahirkan pada 21 Mac 1961 di Bagan Serai, Perak. Beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Jurutera Tingkatan Biasa di Perbadanan Kemajuan Negeri Perak pada tahun 1988.

Beliau mula berkhidmat di Majlis Bandaraya Ipoh pada 15 November 1990 sebagai Jurutera Tingkatan Biasa J3 dan seterusnya sebagai Pengarah Kejuruteraan Bandaraya (Jurutera J48) pada 1 Januari 2011 dan Pengarah Kanan (Infrastruktur & Operasi) (Jurutera J52) pada 15 November 2018.

Beliau berkelulusan Ijazah Kejuruteraan, Kejuruteraan Awam (Kepujian) dari Universiti Middlesex, London, United Kingdom sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat Master of Science (Pengurusan Projek) di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Jawatan terakhir beliau sebelum dilantik sebagai Setiausaha Bandaraya ialah sebagai Pengarah Kanan (Infrastruktur & Perancangan) (Jurutera J54) pada 15 November 2019.

Ketua Pegawai Maklumat (CIO) bagi Majlis Bandaraya Ipoh adalah Tuan Setiausaha Bandaraya.

Nama          

:

Puan Hajjah Zuraina binti Kamarul Ariff

Emel

:

zuraina@mbi.gov.my

No. Telefon

:

05-2083300

No. Faks

:

05-2537396

Peranan dan tanggungjawab CIO adalah seperti berikut:

a.  Membantu Y.B. Datuk Bandar Ipoh dalam melaksanakan tugas - tugas yang melibatkan keselamatan ICT;
b.  Menentukan keperluan keselamatan ICT;
c.  Menyelaras dan mengurus pelan latihan dan program kesedaran keselamatan ICT seperti penyediaan Dasar Keselamatan ICT Majlis Bandaraya Ipoh serta pengurusan risiko dan pengauditan;
d.  Bertanggungjawab ke atas perkara - perkara yang berkaitan dengan keselamatan ICT Majlis Bandaraya Ipoh