MENU

 

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Dalam era digital kini, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) merupakan salah satu aspek yang signifikan dalam kehidupan seharian. Ia turut berkait rapat dengan perkhidmatan yang diberikan oleh Pihak Berkuasa Tempatan terhadap pelanggannya.

Sehubungan itu, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mengaplikasikannya dalam laman web yang menjadi medium komunikasi antara MBI dan pelanggannya secara atas talian.

MBI turut mengadaptasi trend Revolusi ICT yang mana pelbagai saluran telah disediakan untuk membantu pelanggan menyelesaikan urusan diluar waktu pejabat seperti e-License, OSC Online MBI, MyBiz@MBI dan sebagainya.

Saya berharap dengan kemudahan yang telah disediakan ini mampu memudahkan urusan harian wargakota Ipoh dalam menjadikan Ipoh sebuah Bandaraya Berkelas Dunia.

Akhir kata, saya merakamkan ucapan terima kasih kerana mengunjungi dan memanfaatkan laman web ini sebagai wadah mendapatkan informasi dan perkhidmatan. Segala cadangan atau komen yang diberikan diharap dapat membantu MBI dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada wargakota Ipoh.

Sekian, terima kasih.

(DATO’ RUMAIZI BIN BAHARIN @ MD DAUD)
Datuk Bandar Ipoh