MENU

 

 

Mulai 1 Julai 2019, jawatan Datuk Bandar Ipoh ke-11 telah disandang oleh Yang Berbahagia Dato’ Ahmad Suaidi Bin Abdul Rahim.

Beliau memperoleh Master Degree dalam bidang Global Information and Telecommunications Studies pada tahun 2007 di Universiti Waseda, Tokyo, Jepun dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains dalam bidang Bioteknologi di UPM.

Beliau mula berkhidmat dalam kerajaan pada tahun 1996 sebagai Penolong Setiausaha di Kementerian Tenaga, Telekom dan Pos.

Beliau pernah berkhidmat di beberapa Kementerian diantaranya Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kementerian Luar Negeri (Cross Fertilization Programme), Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta (Cross Fertilization Programme) dan Pejabat Daerah dan Tanah.  

Jawatan terakhir beliau sebelum menjawat jawatan Datuk Bandar Ipoh adalah sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.