MENU

Visi

Membangunkan sebuah bandaraya yang kondusif, teratur, dan selesa untuk didiami. Merealisasikan pembangunan bandaraya yang moden, dilengkapi dengan infrastruktur serta prasarana yang baik dan lengkap dengan menyediakan kualiti kehidupan yang tinggi bagi warga kotanya.

 

Misi

Membantu Majlis Bandaraya Ipoh menyediakan perkhidmatan yang bermutu tinggi dan berkualiti di dalam menyelaras dan membangunkan bandaraya yang moden, kondusif, selamat dan selesa untuk didiami.

Slogan Jabatan

" BERSAMA MEMBINA MUTU DAN DAYA KEHIDUPAN YANG CEMERLANG "

 

Latar Belakang

Jabatan Kawalan Pembangunan adalah pada asalnya dikenali sebagai Jabatan Bangunan dan ditubuhkan dengan secara rasminya berkuatkuasa 1 Jun 2007, dengan menaiktaraf Bahagian Bangunan yang sebelum ini merupakan sebahagian daripada unit di Jabatan Kejuruteraan.

Penubuhan Jabatan Bangunan di Majlis Bandaraya Ipoh juga dilaksanakan sebagai satu langkah untuk penyelarasan semula struktur organisasi di ketiga-tiga Majlis Bandaraya di Semenanjung Malaysia iaitu Majlis Bandaraya Johor Baharu, Majlis Bandaraya Shah Alam dan Majlis Bandaraya Ipoh.

Penyelarasan tersebut adalah berpandukan kepada struktur organisasi asas yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi semua Pihak Berkuasa Tempatan yang bertaraf Majlis Bandaraya. Jabatan Bangunan di tukar nama kepada Jabatan Kawalan Bangunan pada tahun 2016 dan kemudian ditukar kepada Jabatan Kawalan Pembangunan pada tahun 2018.

Jabatan Kawalan Pembangunan terlibat untuk memastikan dan menyelaras semua bentuk pembangunan yang dibina di dalam kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh, agar mematuhi Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1988 Akta Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) dan polisi-polisi Majlis Bandaraya Ipoh. Perancangan dan pembangunan yang baik akan memberi kesan persekitaran yang selesa, teratur serta kemudahan-kemudahan asas adalah terancang dan berkualiti. Jabatan Kawalan Pembangunan terdiri daripada 3 bahagian iaitu :-

i.          Bahagian Pentadbiran

ii.         Bahagian Kawalan dan Penguatkuasaan Bangunan

iii.        Bahagian Senibina dan Sistem Maklumat

 

Objektif

  1. Objektif utama jabatan adalah untuk menyelaras dan memastikan semua bentuk pembangunan fizikal bagi kawasan-kawasan di dalam penguasaan Majlis Bandaraya Ipoh dan kawasan persekitaran yang mana di bawah kawalannya supaya dibina secara teratur, terancang dan seimbang menepati matlamat pembangunan Majlis, mematuhi segala polisi Majlis dan Undang-Undang Kecil yang bersangkutan, mempunyai tahap keselamatan yang baik, selesa untuk didiami, bersih serta mempunyai kemudahan-kemudahan asas yang sempurna dan berkualiti.
  2. Selain daripada itu Jabatan Kawalan Pembangunan juga memainkan peranan bagi menyediakan perkhidmatan yang cekap dan berkesan serta menggalakkan aktiviti pembinaan bagi menampung keperluan penduduk Bandaraya Ipoh:
    1. Memastikan pembinaan semua bangunan didirikan mengikut dasar-dasar dan piawai-piawai Majlis, Akta-Akta yang telah diperuntukkan, Undang-Undang Kecil dan Amalan-Amalan Piawai Kerajaan & Badan-Badan Profesional.
    2. Menyemak serta menambahbaik dari semasa ke semasa, piawai-piawai dan prosedur kerja-kerja pembinaan, peraturan-peraturan proses kelulusan untuk tujuan meningkatkan tahap produktiviti dan kualiti kerja Jabatan.
    3. Memberikan respon yang cepat kepada keperluan dan perkhidmatan yang dihajati oleh orang ramai.
    4. Selain itu, jabatan ini juga tidak terkecuali dari mengambil bahagian bagi menjayakan pembangunan projek-projek prasarana yang telah dikenalpasti untuk dilaksanakan oleh Majlis bagi tujuan kemudahan orang ramai, khususnya penduduk Bandaraya Ipoh, serta Majlis Bandaraya ini secara amnya.

 

Struktur Organisasi dan Fungsi

 

Fungsi-Fungsi dan Aktiviti Utama

i.     Jabatan Bangunan mempunyai misi dan tanggungjawab dalam menyediakan perkhidmatan yang cekap dan berkesan serta menggalakkan aktiviti pembinaan bagi menampung keperluan penduduk bandaraya Ipoh

ii.    Melaksanakan pemakaian dan penguatkuasaan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133), polisi-polisi pembangunan Majlis Bandaraya Ipoh  lain-lain akta dan enakmen serta undang-undang yang berkaitan.

iii.   Menerima dan memproses semua jenis permohonan bagi kelulusan pelan bangunan, permit sementara dan lain-lain bentuk permohonan pembangunan binaan.

iv.   Menjalankan pemeriksaan kesiapan kerja dari mengeluarkan surat sokongan bagi pengemukaan Borang G12 oleh arkitek.

v.    Menerima dan menyemak pengemukaan Borang F dan Borang G1-G21.

vi.   Mengawal dan memastikan pembinaan bangunan adalah mengikut pelan yang telah diluluskan.

vii.  Menguruskan dan membantu serta mengawal selia kerja dan projek Majlis Bandaraya Ipoh yang melibatkan perancangan dasar, peraturan, garispanduan, tatacara, kawalan dan penguatkuasaan.

viii. Mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas semua aduan berkaitan pembinaan tanpa kelulusan.

 

Struktur dan Fungsi

Pada amnya Jabatan Bangunan mempunyai 3 (tiga) Bahagian Utama yang memainkan peranan melaksanakan fungsi-fungsi Jabatan seperti berikut:

i) BAHAGIAN PENTADBIRAN

• Unit Pentadbiran Am
• Unit Tadbir Kelulusan Pelan Bangunan
• Unit Tadbir Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) Dan Telekomunikasi
• Unit Tadbir Penguatkuasaan, Pemantauan Pembangunan Dan Projek Khas.
• Unit Penguatkuasa Bangunan

ii) BAHAGIAN KAWALAN DAN PENGUATKUASAAN BANGUNAN

• Unit Kawalan Skim Perumahan, Komersial, Industri Dan Institusi
• Unit Kawalan Bangunan Kediaman Dan Struktur Sementara.
• Unit Kawalan Struktur Telekomunikasi Dan Penyelaras Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC).

iii) BAHAGIAN REKABENTUK SENIBINA DAN SISTEM MAKLUMAT

• Unit Rekabentuk dan Kaji Selidik
• Unit Sistem Maklumat dan Data

 

BAHAGIAN PENTADBIRAN

Bahagian Pentadbiran pada keseluruhannya mengendalikan semua urusan-urusan pentadbiran, memproses dokumen, kelulusan, merekod dan segala kerja-kerja sokongan di dalam urusan bahagian ini pada amnya.

i) Unit Pentadbiran Am

• Menerima, memproses dan merekod mengenai deposit dan pemulangan cagaran.

• Mengemaskinikan semua rekod-rekod borang permohonan, kelulusan pelan bangunan dan resit-resit bayaran.

• Menyelaras semua akaun perbelanjaan Jabatan dan belanjawan tahunan.

• Menyediakan laporan-laporan khas bulanan dan tahunan kepada agensi-agensi berkaitan.

• Menguruskan hal-hal pentadbiran perkhidmatan anggota termasuk pentadbiran, cuti, tuntutan dan kursus.

• Menyediakan maklumbalas surat di antara agensi-agensi kerajaan dan swasta.

• Menyelaraskan semua tindakan pentadbiran di antara unit-unit yang berkaitan.

• Menyelaraskan semua rekod pergerakan fail dan proses tindakan penghantaran fail bangunan untuk tindakan penilaian.

 

ii) Unit Pentadbiran Kelulusan Pelan Bangunan

• Menyediakan semua surat ulasan dan teguran Jabatan kepada pemohon.

• Menyediakan semua surat kelulusan bagi pelan-pelan bangunan.

• Menyelaras semua permohonan bagi semua kategori yang diterima melalui sistem elektronik.

• Menyediakan Sijil Perakuan Layak menduduki (SPLM) yang dikeluarkan dalam tempoh peralihan.

• Menyelaras dan merekod makluman mengenai kesiapan bangunan Borang F (CCC) kepada Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta MBI untuk tindakan menilai harta dan cukai taksiran.

iii) Unit Tadbir Penguatkuasaan, Pemantauan Pembangunan

• Membantu menyediakan semua permit-permit sementara.

• Menyediakan notis di bawah peruntukan Akta 133.

• Menerima dan menyelaras rekod-rekod bagi aduan awam.

• Menyediakan surat dan makluman berkaitan dengan maklumbalas terhadap aduan-aduan awam yang diuruskan oleh Unit Penguatkuasaan.

• Menyediakan surat-surat arahan Notis Pemberhentian Kerja untuk ditandatangan Pengarah Bangunan Bandaraya (PBB).

 

iv) Unit Tadbir Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) Dan Telekomunikasi

Menyediakan dan menyelaras semua surat kelulusan atau permit yang dikeluarkan

• Menyediakan semua kertas-kertas kerja yang perlu dibentangkan ke Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) 2 kali sebulan.

• Menyediakan surat kelulusan dan pelan-pelan kelulusan yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) untuk ditandatangani oleh PBB.

• Menyediakan laporan-laporan yang perlu diadakan yang melibatkan permohonan bagi sistem telekomunikasi dan permohonan melalui OSC.

• Menyediakan bil-bil bayaran tambahan, denda dan sewa petak letak kereta serta penerimaan pengemukaan semula pelan-pelan dan pertanyaan orang awam.

•Menyelaraskan tindakan bagi membaharui semua permit sementara bagi sistem dan struktur pemancar telekomunikasi.

Zon Kawasan Pentadbiran & Penguatkuasaan Jabatan

 

BAHAGIAN REKABENTUK SENIBINA DAN PROJEK KHAS

Fungsi utama Bahagian ini adalah bagi menyediakan perkhidmatan teknikal dan professional di dalam penyediaan rekabentuk-rekabentuk dan lukisan-lukisan atau pelan-pelan dengan tujuan menjayakan projek-projek Majlis. Bahagian ini terbahagi kepada 2 (dua) Unit dan bertanggungjawab terhadap tugas-tugas berikut:

i) Unit Senibina dan Sistem Maklumat

• Membuat kerja-kerja analisa awalan dan membuat garis-garis panduan konsep projek-projek yang hendak dilaksanakan berlandaskan matlamat Majlis.

• Memberi nasihat-nasihat profesional dan cadangan kepada Majlis sebelum apa-apa projek dilaksanakan.

• Menjalankan kerja-kerja merekabentuk dan melukis pelan-pelan yang diperlukan bagi tujuan tender dan seterusnya perlaksanaan projek-projek tersebut.

• Memberi khidmat-khidmat nasihat dan `site supervision' di semasa perlaksanaan projek.

• Selain dari itu, bertanggungjawab terhadap mengadakan kajian serta menderaf pelan-pelan setara bagi kegunaan Majlis dari semasa ke semasa.

• Menyediakan pelan-pelan Rekabentuk Senibina dan 3D.

• Menyediakan pelan-pelan "water reticulation, plumbing dan electrical".

ii) Unit Projek Khas Dan Kajiselidik

• Melaksanakan kaji selidik, khidmat nasihat perundangan dan teknikal serta menyediakan deraf polisi pembangunan untuk pertimbangan Majlis.

• Membantu di dalam tindakan menyediakan carta rekod secara berkomputer bagi permohonan- permohonan yang diterima.

BAHAGIAN KAWALAN DAN PENGUATKUASAAN BANGUNAN

i) Unit Kawalan Sekim Perumahan, Komersial Industri & Institusi.

• Memproses dan menyemak permohonan bagi kelulusan pelan-pelan bangunan baru kategori skim kediaman, bangunan komersial, Institusi dan bangunan industri.

• Memproses dan menyemak permohonan bagi kelulusan pelan-pelan pindaan bangunan dan pindaan kepada pelan lulus bagi kategori skim kediaman, bangunan komersial, Institusi dan bangunan Industri termasuk rumah-rumah contoh.

• Memproses permohonan pengesahan penerimaan pelan-pelan struktur bagi kategori skim Kediaman, bangunan Komersial, Institusi dan bangunan Industri.

Melaksanakan pemeriksaan tapak projek bagi tujuan pengeluaran Sijil Perakuan Layak Menduduki (SPLM) bagi kategori skim Kediaman, bangunan Komersial, Institusi dan bangunan Industri.

• Melaksanakan pemantauan pengeluaran Sijil Perakuan Siap Dan Pematuhan (CCC) bagi kategori sekim kediaman, bangunan komersial, Intitusi dan Industri.

• Menyedia laporan bulanan mengikut keperluan semasa.

 

ii) Unit Kawalan Bangunan Kediaman Di Bawah 5 Unit.

• Memproses permohonan bagi kelulusan pelan-pelan bangunan baru bagi kategori rumah kediaman sesebuah dan permohonan kediaman di bawah 5 unit.

• Memproses permohonan bagi kelulusan pelan-pelan pindaan bangunan dan pindaan sesebuah dan permohonan kediaman di bawah 5 unit.

• Memproses dan mengesahkan penerimaan pelan-pelan struktur bagi kategori rumah kediaman di bawah 5 unit.

• Melaksanakan pemeriksaan tapak bagi tujuan penguatkuasaan dan pengeluaran Sijil Perakuan Layak Menduduki (SPLM) bagi kategori rumah kediaman di bawah 5 unit.

• Melaksanakan pemantauan pengeluaran Sijil Perakuan Siap Dan pematuhan (CCC) bagi kategori rumah kediaman sesebuah dan bangunan kediaman di bawah 5 unit.

• Menyedia laporan bulanan mengikut keperluan semasa.

 

iii) Unit Kawalan Struktur Telekomunikasi Dan Penyelaras Jawatan Kuasa Pusat Setempat (OSC)

  • Menyelaras semua tindakan proses kelulusan bagi permohonan menara struktur sistem telekomunikasi.
  • Menyediakan rekod dan laporan bagi pemantauan struktur sistem telekomunikasi.
  • Menyediakan semua kertas kerja Jabatan Bangunan untuk dibentangkan ke Jawatan Kuasa Pusat Setempat (OSC) bagi tujuan kelulusan pelan-pelan bangunan.
  • Menyelaraskan keputusan mesyuarat bagi kelulusan sepertimana yang telah diputuskan oleh Jawatan Kuasa Pusat Setempat (OSC) dan menyediakan laporan penuh untuk dimaklumkan ke Mesyuarat Majlis Penuh.
  • Menyemak dan mengemaskini rekod pembaharuan permit bagi menara-menara telekomunikasi mengikut kehendak-kehendak dan syarat yang telah ditetapkan.
  • Menyelaraskan pengeluaran permit-permit dan pembaharuan permit sementara bagi menara telekomunikasi.

 

iv) Unit Penguatkuasa Pemantauan Pembangunan

• Melaksanakan tugas-tugas penguatkuasaan terhadap perlaksanaan projek- projek pembangunan dan siasatan terhadap binaan / struktur haram, struktur usang dan merbahaya.

• Memproses dan mengambil tindakan bagi aduan-aduan awam terhadap perlaksanaan projek-projek pembangunan, binaan / struktur haram, struktur usang dan merbahaya.

• Menyediakan laporan dan tindakan terhadap isu-isu berkaitan kerosakan bangunan dan binaan yang tidak mengikut spesifikasi.

• Menyedia laporan bulanan mengikut keperluan semasa.

• Menyelaras dan menyediakan semua pengeluaran permit-permit sementara yang dikeluarkan.

• Menyediakan semua notis penguatkuasaan di bawah Akta 133 (bagi bangunan dan pindaan haram dan kacau ganggu).

• Menyelaras tindakan terhadap aduan-aduan yang diterima untuk tujuan tindakan susulan di bawah Akta Jalan, Parit Dan Bangunan.

• Melaksanakan tugas proses yang melibatkan pemantauan dan pemeriksaan terhadap bangunan tinggi yang melebihi 5 tingkat secara berkala mengikut kehendak Seksyen 85, Akta 133 Akta Parit, Jalan Dan Bangunan.

 

Kotak tajuk bagi permohonan kelulusan pelan bangunan "Jabatan Kawalan Pembangunan"

 

Perlaksanaan Kerja Rekabentuk Projek-Projek MBI