VISI
Untuk Menyediakan Prasarana Dan Persekitaran Hidup Yang Moden, Selamat Dan Sesuai Dengan Pembangunan Bandar Yang Mampan
OBJEKTIF
- Merancang Pembangunan Dan Pembinaan Infrastruktur Dan Kemudahan Awam Di Bawah Pentadbiran Majlis
FUNGSI JABATAN
- Merancang Dan Membina Kemudahan Infrastruktur Dan Kemudahan Awam.
- Menyelenggara Segala Kemudahan Infrastruktur, Kemudahan Awam Dan Harta Majlis.
- Mengeluarkan Permit-Permit Sementara.
PIAGAM PELANGGAN
- Mengeluarkan surat kelulusan permohonan permit pengorekkan jalan dalam tempoh 2 hari bekerja mulai dari tarikh penerimaan bayaran yang lengkap.
BAHAGIAN SALIRAN
- Merancang, mengenalpasti & membina projek-projek saliran & pencegahan banjir seperti longkang utama, jambatan & sistem saliran "Mesra Alam".
- Menyelenggara & membaiki longkang-longkang utama & sistem mencegah banjir, kolam tadahan & takungan "Mesra Alam".
- Menyemak & membuat ulasan bagi permohonan pembangunan tanah untuk skim-skim perumahan awam mengenai longkang -longkang utama & sistem-sistem pengaliran dan saliran untuk tujuan kawalan pembangunan,
BAHAGIAN LALULINTAS
- Merancang, merekabentuk & membina projek-projek jalan, jambatan, persimpangan, lampu jalan, perabut jalan & lampu isyarat.
- Melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan lampu isyarat, lampu jalan & persimpangan.
- Menyemak & membuat ulasan bagi permohonan infrastuktur lalulintas sekim perumahan awam dan swasta untuk kelulusan pembangunan.
- Memeriksa dan menyokong pengeluaran Sijil Layak Menduduki bagi kerja-kerja berkaitan lalulintas.
- Membuat penyelidikan mengenai tahap jalan persimpangan untuk mengelakkan kesesakkan lalulintas dari masa kesemasa.
BAHAGIAN KERJA & BANGUNAN
- Merancang dan membantu merekabentuk bagi menyediakan pelan-pelan, gerai, rumah kedai, tandas awam dan lain-lain.
- Menguruskan dan menyelia projek-projek bangunan dan kemudahan awam yang lain.
- Menjalankan kerja penyelenggaraan & pembaikan bagi bangunan-bangunan dan harta Majlis.
- Melaksanakan kerja-kerja pertukangan dan persiapan bagi acara-acara Majlis.
BAHAGIAN MEKANIKAL & M.E
- Mengurus dan melaksanakan projek-projek mekanikal serta penyelenggaraan ke atas peralatan mekanikal.
- Menyelenggaraan semua peralatan mekanikal pada bangunan-bangunan Majlis termasuk lif-lif, generator, peralatan pencegahan kebakaran dan lain-lain.
- Menyediakan penilaian pembelian kenderaan-kenderaan Majlis.
- Menyelenggaraan & membaiki kenderaan-kenderaan Majlis.
- Menyelaraskan peruntukan kenderaan untuk jabatan serta merangka program pembelian kenderaan Majlis.
- Mengurus dan melaksanakan projek-projek elektrikal serta penyelenggaraan ke atas peralatan elektrik.
- Merangka, merancang program jangka panjang / pendek bidang elektrikal untuk semua premis Majlis.
UNIT PENTADBIRAN AM
- Menyediakan sistem fail dan rekod Jabatan Kejuruteraan.
- Menyediakan surat-surat dan segala urusan yang berkaitan dengan perjalanan dan pentadbiran pejabat.
- Mengendalikan semua urusan personal Pegawai dan Kakitangan Jabatan Kejuruteraan.
- Menguruskan semua hal mengenai fail-fail projek.
- Menyediakan surat-surat dan borang-borang Standard Pengurusan Projek.
- Menyediakan penyata akaun bayaran kemajuan kerja dan dokumen bayaran kontrak.