MENU

 

 

Visi, Misi, Objektif Majlis Bandaraya Ipoh


VISI

“Ipoh Bandar Raya Mampan, Dinamik dan Maju Menjelang Tahun 2020”

 

MISI

“Menerajui Dan Memperkasakan Pembangunan Modal Insan, Perkhidmatan Perbandaran, Ekonomi Dan Sosio Budaya Bagi Mewujudkan Bandaraya Yang Kondusif Dan Mampan”

 

OBJEKTIF MAJLIS BANDARAYA IPOH

Menghasilkan mutu kehidupan yang lebih selesa dan seimbang serta meninggikan taraf hidup bagi semua penduduk dalam kawasan Majlis dengan cara :

 

  1. Menyediakan segala kemudahan dan perkhidmatan sebagai asas mencapai mutu kehidupan yang lebih selesa dan meningkatkan taraf hidup penduduk kawasan Majlis.
  2. Memperkemaskan dan meningkatkan mutu perkhidmatan dan perancangan pembangunan dalam semua bidang.
  3. Menggalakkan dan menyediakan kemudahan, rekreasi dan riadah awam.
  4. Mengindahkan Bandaraya Ipoh bersesuaian dengan tarafnya sebagai ibu negeri dan pusat pentadbiran negeri Perak di samping menggalakkan industri dan pentadbiran.
  5. Menggalakkan pertumbuhan industri dan perdagangan
  6. Berusaha mencapau objektif dan aspirasi kerajaan termasuk melaksanakan Dasar Pembangunan Nasonal.

CARTA ORGANISASI

 

Nilai Bersama

Warga MBI berpegang kepada lapan (8) nilai bersama dalam melaksanakan misinya ke arah pencapaian visi yang ditetapkan.
 
  • Profesional dan Intelektual

Berilmu pengetahuan dan berkemahiran tinggi

  • Berakhlak Mulia dan Berdisiplin

Amanah, jujur dan berpegang teguh kepada nilai-nilai murni.

Patuh kepada peraturan kerja dan Undang – Undang Negara

  • Tekun dan Menghargai Masa

Gigih, rajin, tidak mudah patah semangat, sanggup berkorban dan bercita-cita tinggi serta berwawasan

Membuat perancangan dan penyusunan kerja serta menepati dan menjimatkan masa

  • Akauntabiliti

Tidak membazir, tetapi bijak dan bertanggungjawab di dalam pengurusan harta dan perbelanjaan kewangan

  • Kreatif dan Inovatif

Berani mengemukakan idea dan kaedah – kaedah baru serta aktif di dalam aktiviti – aktiviti percambahan fikiran

  • Adil dan Saksama

Berkecuali dan memberi perkhidmatan serta layanan yang adil dan sama rata

  • Bekerjasama dan Hormat Menghormati

Kerja berpasukan di semua peringkat

 

Peranan MBI

Majlis Bandaraya Ipoh selaku pihak kerajaan ketiga yang berhubung secara langsung dengan warga kota Ipoh. Mempunyai peranan yang luas sebagaimana yang digariskan dalam undang-undang seperti Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) meliputi :-

  • Menjalankan kerja-kerja pembersihan kawasan dan longkang dengan kekerapan sekali sebulan disemua jalan-jalan protokol dan utama.
  • Menyapu dan membersihkan semua jalan utama, jalan protokol, jalan-jalan di Pusat Bandar, lubang ‘scupper’, lorong belakang bangunan dan perumahan serta tempat pejalan kaki. Melaksanakan kerja-kerja kemasyarakatan seperti gotong royong bersama Agensi Kerajaan, Agensi Swasta dan PertubuhanBukan Kerajaan (NGO).
  • Mengutip sampah-sampah longgok (sampah kebun dan pukal)
  • Melaksanakan kerja-kerja kutipan dan pelupusan sampah domestik, sampah pasar, sampah penjaja,tred, industri dan komersil.
  • Menjalankan siasatan  ke atas kes-kes yang berkaitan dan aduan yang dilaporkan serta mengambil tindakan seterusnya bagi kawalan pencegahan penyakit berjangkit/ Bawaan Kawalan  Vektor
  • Menjalankan pemeriksaan premis untuk mengesan pembiakan jentik-jentik nyamuk Aedes penguatkuasaan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975.
  •  Menjalankan semburan (Termal Fogging/ULV) untuk membunuh nyamuk aedes di kawasan yang tinggi petunjuk Aedes dewasa atau terdapat kes-kes denggi yang dilaporkan.
  • Menjalankan siasatan kes demam denggi/demam denggi berdarah dan menjalankan tindakan kawalan dan pencegahan.
  • Memberi ulasan teknikal kepada semua jenis permohonan lesen premis perniagaan termasuk pembaharuan lesen dan penguatkuasaan Akta Kerajaan Tempatan 1976 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974  dan Undang-Undang Kecil yang berkaitan.
  • Menjalankan pemeriksaan untuk tujuan pelesenan dan memastikan semua syarat -syarat kesihatan persekitaran dan kesihatan am untuk tujuan perlesenan dipatuhi oleh kategori premis seperti berikut:-

                               i.    Premis industri berat.

                               ii.   Premis industri kecil dan sederhana  (IKS)

                              iii.  Premis pusat hiburan/permainan.

                              iv.  Premis perkhidmatan hotel, taska/tadika dan lain-lain.

                               v.   Premis perniagaan sokongan

 

  •  Menyiasat dan mengambil tindakan keatas semua aduan-aduan yang berkaitan dengan kacauganggu kepada persekitaran (semak-samun, ayam, itik   lain-lain).
  • Mengambil tindakan ke atas premis perniagaan, perdagangan dan perindustrian yang beroperasi tanpa kebenaran bertulis dari pihak Majlis bandaraya Ipoh.
  •  Pemeriksaan dan laporan ke atas  kacauganggu bunyi bising dan pencemaran udara debu dan habuk dari premis perniagaan, perindustrian, perdagangan, tapak binaan dan kawasan perumahan.
  • Menjalankan pemeriksaan premis untuk tujuan pelesenan semua premis makanan dan  kilang makanan.
  • Menjalankan pemeriksaan makanan bagi memastikan jualan makanan mengikut  `standard’ kualiti makanan serta pemantauan `food alert’.
  • Mengambil contoh makanan untuk cerakinan kimia dan mikrobiologi mengikut spesifikasi`output’ Kementerian Kesihatan Malaysia.
  • Mengurus program dan mengambil contoh air minuman mengikut spesifikasi `output Kementerian Kesihatan Malaysia dan Program Kualiti Mutu Air Minuman Kebangsaan.
  • Memproses semua jenis permohonan lesen pasar termasuk peniaga tetap, sambilan, sementara dan   pelesenan pasar swasta serta penguatkuasaan.
  • Memastikan serta mempertingkatkan tahap kebersihan pasar dan sanitasi premis peniaga bagi menjamin penjualan makanan yang bersih dan selamat.
  • Memproses semua jenis permohonan lesen penjaja termasuk penjaja beredar, penjaja statik, peniaga pasar malam, peniaga pasar tani, penjaja sementara, pusat penjaja Majlis Bandaraya Ipoh dan pusat penjaja swasta serta penguatkuasaan.
  • Memastikan serta mempertingkatkan tahap kebersihan pusat penjaja Majlis Bandaraya Ipoh serta swasta bagi menjamin penjualan makanan yang bersih dan selamat.
  • Menjalankan pemeriksaan dan laporan ke atas kesihatan, keselamatan dan persekitaran kantin sekolah, asrama dan seumpamanya.
  • Mengendalikan pemeriksaan  kesihatan dan suntikan pelalian typhoid ke atas semua pengendali makanan di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh.
  • Menguatkuasakan Undang-Undang Kecil Mengawal Pasar Awam dan Pasar Swasta (MPI) 1984; Undang-Undang Kecil Penjaja (MPI) 1981,Undang-Undang Kecil Gerai Kepunyaan Majlis (MPI) 1974, Akta Makanan 1983 dan Undang-Undang Kecil Pengendali Makanan (MPI) 1981, Undang- Undang Kecil Pelesenan Establisymen Makanan (MBI) 2017  Undang-Undang Kecil Pusat Kecantikan Dan Penjagaan Kesihatan (MBI) 2012 dan Undang-Undang Kecil Trade, Perniagaan dan Perindustrian (MBI) 2017.

 

SENARAI BAHAGIAN

  • Bahagian Kesihatan Persekitaran
  • Bahagian Perkhidmatan Bandar

 

KETUA BAHAGIAN

Bil

Bahagian

Nama

Jawatan / Gred

1

BAHAGIAN KESIHATAN PERSEKITARAN

EN. M. RAMAN A/L MARAN

KETUA PEN. PENGARAH KESIHATAN PERSEKITARAN

GRED U44

2

BAHAGIAN PERKHIDMATAN BANDAR

EN. MANISEGARAN A/L SUBRAMANIAM

PEN. PENGARAH KESIHATAN BANDARAYA

GRED U41

 

FUNGSI BAHAGIAN

JABATAN KESIHATAN & PERKHIDMATAN PERBANDARAN

1.   BAHAGIAN PENTADBIRAN

[Unit Pentadbiran Am]

♦    Menguruskan perjalanan pentadbiran Jabatan.

♦    Menguruskan pergerakan fail dan surat menyurat.

•    Menguruskan kewangan Jabatan mengikut prosedur yang dibenarkan.

♦    Menerima aduan-aduan awam untuk disalurkan ke bahagian/unit berkenaan.

2.   BAHAGIAN KESIHATAN PERSEKITARAN

[Unit Kesihatan Am]

♦    Menjalankan pemeriksaan premis/ kilang perniagaan.

♦    Membuat siasatan terhadap semua jenis aduan kacauganggu.

  • Mengemaskini aduan-aduan awam dan juga E-Aduan secara online.

♦    Melesenkan perniagaan (bukan makanan).

[Unit Kawalan Keselamatan Makanan]

♦    Menjalankan pemeriksaan premis/ kedai makanan.

♦    Membuat penilaian premis makanan.

♦    Mengambil contoh makanan.

[Unit Kesihatan Sekolah & Suntikan]

♦    Merancang dan melaksanakan aktiviti kesihatan sekolah.

♦    Memberi suntikan Anti-Thypoid kepada pengendali makanan.

3.   BAHAGIAN PENGURUSAN PASAR DAN PENJAJA

[Unit Pengurusan Penjaja]

♦    Melesenkan penjaja-penjaja.

♦    Menguruskan penyewaan gerai-gerai Majlis.

♦    Menguruskan lesen-lesen pasar malam/ pasar tani.

[Unit Pengurusan Pasar]

♦    Melesenkan perniagaan di dalam Pasar Awam dan Swasta.

♦    Memeriksa kebersihan di Pasar-Pasar Awam dan Swasta.

•    Menyiasat aduan yang dikemukakan

[Unit Kawalan Vektor]

♦    Menyiasat kes-kes Deman Denggi dan Deman Denggi Berdarah.

♦    Semburan Kabus

♦    Pengurangan punca pembiakan (Source Reduction).

[Unit Kawalan Penyakit Berjangkit]

♦    Mencegah, mengawal dan mengawasi kejadian penyakit-penyakit berjangkit

4.   BAHAGIAN PERKHIDMATAN BANDAR

[Unit Pentadbiran Am]

•    Menguruskan perjalanan pentadbiran unit.

•    Menguruskan pergerakan fail dan surat menyurat

•    Mengurus dan mengemaskini aduan-aduan awam dan juga E-Aduan  secara online

[Unit Sisa Pepejal]

•    Memastikan kerja-kerja kutipan dan pelupusan sampah dilaksanakan dengan secara teratur, cekap dan sempurna.

[Unit Bil Kutipan Sampah]

•    Menguruskan pengeluaran bil sampah.

•    Menguruskan tunggakan bil sampah.

SENARAI KAUNTER & PERKHIDMATAN KAUNTER

  • Bahagian Pengurusan Pasar
  • Bahagian Pengurusan Penjaja

ALAMAT JABATAN : Tingkat 5, Majlis Bandaraya Ipoh

Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown

30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan.

 

            ALAMAT CAWANGAN :

  • PEJABAT BAHAGIAN PERKHIDMATAN BANDAR

Jalan Sungai Pari,

30100 Ipoh,

Perak Darul Ridzuan.

  • BAHAGIAN PENGURUSAN PASAR

Tingkat 7, Wisma Bouganvillea

Jalan Foo Choo Choon,

30300 Ipoh

Perak Darul Ridzuan.

  • PEJABAT BAHAGIAN KAWALAN VEKTOR

Jalan Bandar,

30000 Ipoh,

Perak Darul Ridzuan.

NO. TELEFON :

  • PEJABAT UTAMA :

+605-2083399

  • PEJABAT BAHAGIAN PERKHIDMATAN BANDAR:

+605-2540096

  • BAHAGIAN PENGURUSAN PASAR:

+605-2549169 & +6052411026

  • PEJABAT BAHAGIAN KAWALAN VEKTOR:

+605-2083073