MENU

BAHAGIAN PERAKAUNAN

Bahagian ini ditugaskan untuk mengendali dan mengurus semua dokumentasi-dokumentasi perakaunan serta mengawal dan mengemaskini segala penyata dan rekod-rekod perakaunan Majlis.

Bahagian ini terlibat secara keseluruhannya dalam penetapan dan pelaksanaan sasaran kerja tahunan Jabatan Kewangan bagi memastikan Teras Strategik Ke-4 Majlis iaitu Pengurusan Kewangan Secara Efisien dan Berhemah tercapai.

Bahagian ini terdiri daripada 3 unit utama seperti berikut:-

  •  Unit Belanja
  •  Unit Akaun
  •  Unit Amanah

Unit Belanja

Fungsi-fungsi Unit Belanja adalah seperti berikut:-

  •  Penyediaan Bajet Tahunan Majlis
  •  Pindah Peruntukan (Viremen)
  •  Pengeluaran Pesanan Pembelian dan Baucer Pembayaran
  •  Pembayaran kepada pembekal / kontraktor
  •  Pembayaran Emolumen dan Tuntutan Anggota

Unit Amanah

Fungsi-fungsi Unit Amanah adalah seperti berikut:-

  •  Penyediaan Penyata Kewangan dan Penyata Akaun KWSP
  •  Pengurusan dan Penyelenggaraan Kumpulan Wang Amanah
  •  Penyelenggaraan Kod Akaun Amanah
  •  Pinjaman Komputer dan Kenderaan
  •  Pengurusan Perlindungan Insuran Anggota dan Harta Majlis

Unit Amanah ditubuhkan pada tahun 2011 bertujuan untuk memantapkan dan melicinkan pengurusan akaun Kumpulan Wang Amanah dan proses penyediaan Penyata Kewangan Majlis.

Melalui penggunaan Sistem perakaunan Bersepadu pihak Berkuasa Tempatan (SPBT), Unit ini dijangka dapat bergerak lebih mantap dalam mengemaskini rekod-rekod dan dokumentasi kewangan dan akaun dengan lebih cepat dan teratur.

 

BAHAGIAN AM DAN BEKALAN

 Bahagian Am & Bekalan terbahagi kepada  2 unit utama seperti berikut:-

  •  Unit Am
  •  Unit Bekalan & Perolehan

 Unit Bekalan Dan Perolehan

 Fungsi-fungsi Unit Bekalan dan Perolehan:-

  • Urusan Perolehan Sebutharga dan Tender
  • Penyediaan Dokumen Perjanjian Kontrak Kerja
  • Pendaftaran Pembekal / Kontraktor

Unit ini berperanan untuk mengurus proses sebutharga dan tender Majlis. Ia diwujudkan sebagai urusetia bersama dengan Bahagian Majlis Mesyuarat Jawatankuasa Sebutharga dan Tender bertujuan untuk memusatkan dan menyeragamkan semua proses sebutharga dan tender Majlis bagi memastikan proses tersebut mematuhi peraturan dan piawaian yang telah ditetapkan.

Proses kerja di Unit ini merangkumi pendaftaran pembekal dan kontraktor, pengeluaran notis/iklan sebutharga/tender, penjualan dokumen sebutharga/tender, penutupan dan pembukaan peti sebutharga dan tender, penjadualan, lantikan pembekal dan kontraktor melalui pengeluaran surat tawaran, penyediaan dokumen kontrak kerja dan penerimaan/ pelepasan bon.

 

 BAHAGIAN OPERASI KEWANGAN

 Bahagian Operasi Kewangan terbahagi kepada 3 unit utama seperti berikut:-

  •  Unit Letak Kereta
  •  Unit Aset
  •  Unit Kawalan Tunggakan

Unit  Letak Kereta

Fungsi-fungsi Unit Letak Kereta adalah seperti berikut:-

  •  Penjualan Kupon Letak Kereta
  •  Pengurusan Ejen Jualan Kupon Letak Kereta
  •  Pengurusan Sewaan Petak Kosongkan /  Khas/  Sementara /  Bertingkat
  •  Pengurusan Pas Bulanan
  •  Mengecat nombor Petak Letak Kereta
  •  Menguruskan pelekat VIP / Media MBI

Unit ini bertanggungjawab bagi memastikanpengurusan bayaran letak kereta di petak-petak awam berjalan lancar di samping menyelaras, menyelenggara dan menyelia petak-petak letak kereta di sekitar Bandar Raya Ipoh. 

Unit Aset

Fungsi-fungsi Unit Aset adalah seperti berikut:-

  •  Pengurusan Pendaftaran Kod
  •  Urusetia bagi Pendaftaran, Pelupusan, Pemeriksaan,
  •  Kehilangan dan Hapuskira Aset

Bahagian Aset ditubuhkan pada tahun 2010 bertujuan untuk memperkemas dan memantapkan Pengurusan Aset Majlis yang  merupakan aspek terpenting dalam pengurusan kewangan.

Penggunaan Sistem Pengurusan Aset Berkomputer dapat memperkemaskan lagi pengurusan aset Majlis mengikut keperluan, aliran kerja dan mematuhi Pekeliling Perbendaharaan dalam konteks pengurusan aset.

Unit  Kawalan Tunggakan

Fungsi-fungsi Unit Kawalan Tunggakan adalah seperti berikut:-

  •  Tindakan Penguatkuasaan Tunggakan Cukai Taksiran
  •  Pengurusan Pembayaran Ansuran Cukai Taksiran
  •  Pemantauan Tunggakan Hasil  

Unit ini bertanggungjawab memantau tunggakan cukai taksiran dan memastikan setiap pemilik pegangan di kawasan Bandar Raya Ipoh menjelaskan cukai taksiran mengikut tempoh yang ditetapkan iaitu bulan Januari-Februari bagi penggal pertama dan Julai-Ogos bagi penggal kedua. Unit ini juga dipertanggungjawab untuk memastikan Bil-bil Cukai Taksiran dikeluarkan, penghantaran notis dan melaksanakan penguatkuasaan waran tahanan.

 

BAHAGIAN SISTEM

Bahagian Sistem  terbahagi kepada 2 unit utama seperti berikut:-

  •  Unit Kutipan
  •  Unit SPBT

Unit Kutipan

Fungsi-fungsi Unit Hasil adalah seperti berikut:-

  •  Pengurusan Kutipan Kaunter Majlis
  •  Pengemaskinian Kutipan Melalui Agensi
  •  Pengurusan Elaun Kekosongan
  •  Penyelenggaraan Kod Akaun Hasil
  •  Pengurusan Jernal Hasil
  •  Pengurusan Bil Caruman Bantuan Kadar

Unit Hasil adalah salah satu nadi penting bagi Jabatan Perbendaharaan dan Majlis untuk memastikan kutipan hasil-hasil  Majlis mencapai sasaran yang telah ditetapkan.

Bagi mencapai sasaran kutipan yang telah ditetapkan, pelbagai kemudahan-kemudahan pembayaran telah dilaksanakan oleh Unit ini di antaranya melantik agensi-agensi kutipan dan mengadakan projek usahasama dengan bank-bank tempatan menyediakan perkhidmatan pembayaran online kepada wargakota yang ingin membuat bayaran cukai taksiran.

Selain dari itu, bagi meningkatkan fleksibiliti kepada wargakota dalam membuat bayaran cukai taksiran, mulai  tahun 2011 pihak Majlis telah membuat penambahbaikan kepada waktu opersi kaunter kutipan di mana kaunter dibuka pada waktu rehat tengahari sepanjang tahun dan dibuka pada hari Sabtu dan Ahad mulai jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang pada bulan puncak iaitu bulan Januari/Februari bagi penggal pertama dan Julai/Ogos bagi penggal kedua.

Selaras dengan konsep ‘Mesra Pelanggan', Unit Hasil juga telah dipertanggungjawabkan bagi memastikan prasarana untuk golongan Warga Emas dan Orang Kurang Upaya (‘OKU') disedia dan diselenggara.

Unit SPBT

Fungsi-fungsi Unit SPBT  adalah seperti berikut:-

  •  Unit SPBT ini bertanggungjawab dalam memantapkan pengurusan pembangunan, penambahbaikan & penyelenggaraan Sistem SPBT Majlis.
  •  Menguruskan Perolehan Jabatan Perbendaharaan (Permohonan Pembelian dan Baucer Pembayaran).
  •  Menjadi urusetia Aset dan Inventori di Jabatan Perbendaharaan.
  •  Menjadi urusetia Cuti di Jabatan Perbendaharaan.
  •  Urusetia Kursus di Jabatan Perbendaharaan.
  •  Urusetia Manual Prosedur Kerja (MPK), Fail Meja dan MS ISO 9001 : 2008 di Jabatan Perbendaharaan