MENU

MISI

Menjadikan Unit Undang-Undang sebagai jabatan atau bahagian contoh dalam melaksana dan menguatkuasakan perundangan, polisi dan peraturan sediada untuk manfaat Majlis khususnya dan warga kota Ipoh amnya.

VISI

Meningkatkan kesedaran tentang pematuhan undang-undang di kalangan warga kota Ipoh melalui program perlaksanaan pemahaman secara menyeluruh.

OBJEKTIF UNIT

Unit ini bertanggungjawab memberi nasihat perundangan, membuat,menggubal dan membentangkan undang-undang kecil kepada Majlis disamping menguatkuasakan dan menentukan segala aspek perundangan yang dibuat oleh Majlis Bandaraya Ipoh dipatuhi dan dikuatkuasakan sepenuhnya.

FUNGSI-FUNGSI

  1. Memberi nasihat, pendapat dan pandangan kepada jabatan-jabatan lain dalam Majlis meliputi segala aspek perundangan agar segala tindakan yang diambil tidak "ultra vires" dengan sebarang undang-undang sedia ada.
  2. Mengendalikan urusan pendakwaan bagi kesalahan-kesalahan di bawah undang-undang yang berkuatkuasa di dalam kawasan Majlis
  3. Membuat tuntutan hutang (civil claim) terhadap mana-mana orang yang mempunyai apa-apa hutang / tunggakan dengan Majlis Bandaraya Ipoh.
  4. Menyediakan dan menyemak deraf pelbagai dokumen yang berkaitan dengan undang-undang seperti kontrak, surat-surat perjanjian dan "legal notice" yang diperlukan.
  5. Menggubal notis, waran dan perintah-perintah termesti yang berkaitan dengan kerja-kerja penguatkuasaan.
  6. Menggubal, meminda, mengulangkaji dan menterjemah semua undang-undang dan perintah yang dipakai dan dikuatkuasakan oleh Majlis dan menderaf undang-undang kecil / perintah-perintah baru, pekeliling serta kaedah sama ada baru atau pindaannya.   
  7. Mengurus fail-fail saman (e-filing) , kertas pengaduan serta pertuduhan untuk pendaftaran kes pendakwaan ke Mahkamah.
  8. Menguruskan hal tuntutan pembelaan, tindakan-tindakan sivil bersama peguam panel Majlis.
  9. Menguatkuasakan undang-undang yang digunapakai oleh Majlis dan bersama-sama agensi bertanggungjawab menjalankan operasi-operasi penguatkuasaan.
  10. Mengeluarkan notis amaran kepada pesalah yang gagal membayar kompaun yang ditetapkan pada masa yang ditetapkan.
  11. Menyediakan dan membantu pegawai penyiasat dalam menyediakan kertas siasatan untuk kes-kes yang diperlukan untuk pendakwaan di mahkamah.
  12. Membantu Jabatan  dalaman Majlis dalam menjalankan sitaan terhadap penyewa premis Majlis yang tertunggak bayaran sewaan.
  13. Membantu Unit Pesuruhjaya Bangunan untuk tindakan penguatkuasaan Pesuruhjaya Bangunan (Commissioner Of Building).
  14. Memberi kesedaran kepada orang ramai supaya menghargai undang-undang  dan peraturan yang digunapakai oleh Majlis melalui khidmat nasihat, kelas undang-undang dan program yang dianjurkan.         

AKTIVITI-AKTIVITI BAGI FUNGSI-FUNGSI UTAMA

Memberi nasihat dan perkhidmatan perundangan tepat kepada Jabatan yang memerlukan agar segala tindakan yang tidak "ultra vires" dengan sebarang undang-undang yang sedia ada.

  • Menerima fakta-fakta yang berkaitan daripada Majlis atau Jabatan yang  memerlukan.
  • Memberi khidmat nasihat berdasarkan peruntukan undang-undang.
  • Bertanggungjawab menyediakan, menggubal dan menyemak deraf Undang-Undang Kecil, Perintah serta Kaedah sama ada baru atau pindaan.
  • Mesyuarat Penuh sebagai penggubal UUK, Perintah, Kaedah dan Peraturan.
  • Dikemukakan kepada Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri untuk semakan.
  • Dikemukakan kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (Bahagian Kerajaan   Tempatan) untuk diangkat ke MMKN untuk pengesahan.
  • Kembalikan kepada Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri untuk arahan pengwartaan.
  • Pengwartaan oleh Percetakan Nasional Berhad.

Menyediakan dan menyemak deraf pelbagai perjanjian dan ‘legal notice' yang diperlukan.

  • Perlu ada "win-win situation" di kedua-dua pihak.
  • Berdasarkan peruntukan undang-undang.
  • Berdasarkan prinsip perjanjian.

Mengurus fail-fail, saman, pengaduan serta pertuduhan untuk pendaftaran kes pendakwaan ke Mahkamah. Aktiviti

  • Kertas saman, kertas pertuduhan dan pengaduan.

Bertanggungjawab meneliti, menjalankan sebutan dan pendakwaan bagi kes Majlis.

Aktiviti :

  • Pegawai Pendakwa hendaklah mendapat sanksi dan kuasa mendakwa daripada TPR mengikut peruntukan Seksyen 377 (b) Kanun Tatacara Jenayah.
  • Perkara-perkara yang berkaitan dengan pendakwaan perlu mendapat izin pendakwaan daripada TPR.
  • Ke Mahkamah untuk sebutan kes atau perbicaraan.

Menguruskan hal tuntutan pembelaan, tindakan-tindakan sivil bersama peguam panel Majlis. Aktiviti:

  • Semak saman oleh pihak yang berkaitan.
  • Perbincangan dan arahan kepadaPeguam Panel.
  • Maklumat-maklumat kes berkaitan.

LATAR BELAKANG

Unit Undang-Undang Majlis Bandaraya Ipoh ditubuhkan pada tahun 1983 dan dahulunya pernah dikenali sebagai Bahagian Undang-Undang, diketuai oleh seorang Ketua Penolong Setiausaha (Undang-Undang) dan seterusnya menjadi satu jabatan dengan nama Jabatan Undang-Undang Dan Penguatkuasaan MBI. Kemudian pada tahun 2007, pentadbiran dan kawalan Unit ini diletakkan secara terus kepada Pejabat Datuk Bandar dan dipisahkan dengan Bahagian Penguatkuasaan MB . Pada masa sekarang, Unit Undang-Undang diletakkan di bawah kawalan Pejabat Datuk Bandar dan bertukar status sebagai sebuah Unit yang dikenali sebagai Unit Undang-Undang,diketuai oleh seorang Penasihat Undang-Undang Bandaraya dan mempunyai kakitangan sebanyak 12 anggota yang terdiri daripada :-
 

  • 1 Penasihat Undang-Undang Bandaraya (L48/L52)
  • 1 Pembantu Setiausaha Pejabat (N19)
  • 1 Pegawai Undang-Undang (L41/L44)
  • 1 Penolong Pegawai Undang-Undang (L38)
  • 1 Penolong Pegawai Undang-Undang (L32)
  • 1 Penolong Pegawai Undang-Undang (L29)
  • 3 Pembantu Tadbir Perkeranian / Operasi (N22)
  • 2 Pembantu Tadbir Perkeranian / Operasi (N17)
  • 1 Pembantu Am Pejabat (N11)

 

STRATEGI

Mendidik orang ramai agar menghargai undang-undang dan melaksanakan tindakan yang lebih berkesan melalui tindakan seperti berikut :-

  • Inisiatif untuk menggubal Undang-Undang Kecil baru.
  • Mewujudkan dokumen perjanjian yang berkaitan dengan kontrak.
  • Melaksanakan tindakan penguatkuasaan melalui tindakan nasihat, amaran, kompaun, rampasan dan lain-lain.
  • Memastikan pengurangan kompaun dibuat dengan pertimbangan yang adil dan munasabah.
  • Mengadakan kelas undang-undang dan pameran undang-undang pihak berkuasa tempatan.

PIAGAM PELANGGAN UNIT UNDANG-UNDANG

Kami sebagai kakitangan Unit Undang-Undang Majlis Bandaraya Ipoh akan memberikan perkhidmatan yang mesra, cekap, amanah dan berkualiti dalam melaksanakan fungsi-fungsi Jabatan dan ke arah menjadikan Majlis Bandaraya Ipoh sebagai sebuah organisasi yang cemerlang. Sehubungan dengan itu, kami berjanji untuk :-

  1. Memberikan maklumat perundangan yang tepat.
  2. Memberi nasihat dan pandangan perundangan kepada jabatan-jabatan dalaman Majlis Bandaraya Ipoh, agensi-agensi luar dan orang awam dalam tempoh 5 hari dari tarikh ianya diterima, sekiranya tidak melibatkan agensi / jabatan lain.
  3. Menjamin denda untuk kompaun dikenakan dengan munasabah dan adil.
  4. Memastikan semua dokumen perundangan dan dokumen berkaitan kes-kes mahkamah selamat dalam simpanan Unit.
  5. Menyediakan kertas pengaduan, pertuduhan, saman dan memfailkan kes-kes ke mahkamah dalam tempoh 3 hari dari tarikh fail yang lengkap diterima.
  6. Memproses fail-fail yang diterima daripada jabatan-jabatan lain dalam Majlis untuk tindakan mahkamah dalam kadar segera.
  7. Memastikan tindakan litigasi sivil oleh dan terhadap Majlis Bandaraya Ipoh dikendalikan oleh Panel Peguam yang mahir dan berpengalaman terutama dalam undang-undang Kerajaan Tempatan.
  8. Menyemak dan mengemaskini perundangan setiap 3 tahun.
  9. Memaklumkan keputusan kes-kes kepada jabatan-jabatan berkenaan dalam tempoh 5 hari dari tarikh keputusan mahkamah diterima.
  10. Semua aduan akan diambil tindakan dalam masa 1 minggu.
  11. Sentiasa memastikan imej Majlis Bandaraya Ipoh dan kepentingan awam terpelihara dalam segala aspek tindakan kerja Unit ini.
  12. Merundingkan dengan saksama penyelesaian kes-kes di luar mahkamah bagi kes-kes litigasi sivil bertujuan untuk mengurangkan kos di kedua-dua belah pihak.
  13. Member keutamaan kepada kes-kes yang perlu difailkan dalam tempoh khusus mengikut kehendak statutori seperti kes di bawah Akta Makanan 1983.  

CARTA ORGANISASI UNIT