MENU

LATAR BELAKANG OSC

Dibawah Pakej Strategi Meningkatkan Keberkesanan Sistem Penyampaian (Delivery System)- Pakej Meransang Ekonomi (Stimulus Economic Package), Kerajaan telah menetapkan bahawa sistem penyampaian perkhidmatan awam yang cekap diperlukan bagi menjamin kelancaran dan keberkesanan pelaksanaan dasar dan strategi pembangunan negara dalam zaman yang ‘competitive age’.

Kerajaan telah bersetuju dengan perakuan Strategic Thrust Committee On Government Delivery System yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara, supaya diwujudkan Pusat Setempat pada dua peringkat; iaitu diperingkat Pihak Berkuasa Tempatan dan Pihak Berkuasa Negeri bagi memudahkan proses kelulusan pelan bangunan dan pengeluaran sijil kelayakan menduduki sepertimana yang disarankan di bawah Langkah 70(a)- dalam Pakej Meransang Ekonomi.

Bagi memastikan pelaksanaan penambahbaikan sistem penyampaian ini dapat dilaksanakan dengan lebih efisien dan komprehensif, Mesyuarat MNKT ke-56 telah bersetuju untuk memperluaskan fungsi Pusat Setempat sedia ada kepada menerima dan menyelaraskan permohonan kebenaran merancang, permohonan pelan bangunan dan membuat perakuan kepada permohonan pembangunan tanah.

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 21 Mac 2007 telah bersetuju supaya penubuhan Pusat Setempat di PBT adalah merupakan salah satu daripada inisiatif yang telah diputuskan di dalam Persidangan Mempertingkatkan Sisitem Penyampaian Perkhidmatan Kerajaan yang dilancarkan oleh Y.A.B Perdana Menteri pada 13 April 2007.

Dengan penubuhan Pusat Setempat ini, norma masa memproses permohonan dapat dipendekkan. Selain itu, kes-kes pertindihan ulasan teknikal semasa memproses permohonan kebenaran merancang, permohonan pelan bangunan dan permohonan untuk mendapat kelulusan pembangunan tanah dapat dielakkan.

 

MATLAMAT

Matlamat penubuhan Pusat Setempat ini adalah untuk mengurangkan karenah birokrasi di dalam prosedur dan proses cadangan pemajuan sekaligus meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan di pihak berkuasa tempatan.

 

OBJEKTIF UNIT PUSAT SETEMPAT (OSC)

Objektif Unit Pusat Setempat (OSC) Majlis Bandaraya Ipoh adalah seperti berikut:

  1. Menyelaras dan memudahcara proses kelulusan permohonan tukar syarat dan pecah (seksyen 124A KTN), permohonan penyerahan dan pemberimilikan semula (seksyen 204D KTN), permohonan kebenaran merancang, pelan pinta ukur, permohonan pengeluaran perakuan siap dan pematuhan (Certificate of Completion and Compliance – CCC), pelan bangunan, pelan kerja tanah, pelan jalan dan parit, pelan lampu jalan, pelan landskap dan pelan penamaan jalan dan penomboran bangunan;
  2. Memendekkan norma masa dan mempercepatkan proses permohonan cadangan pemajuan di bawah konsep Bina Kemudian Jual (BKJ) dalam tempoh empat (4) bulan dan di bawah konsep Jual Kemudian Bina (JKB) dalam tempoh enam (6) bulan; dan
  3. Menyeragamkan prosedur dan proses cadangan pemajuan dengan mengambilkira peruntukkan-peruntukkan di bawah Kanun Tanah Negara 1965 (KTN 56), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) dan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133)

 

PERANAN UNIT PUSAT SETEMPAT (OSC)

Bagi tujuan meningkatkan system penyampaian prosedur dan proses permohonan cadangan pemajuan, semua permohonan akan diterima melalui Pusat Setempat.

Peranan Pusat Setempat ialah :

  • Menyelaras dan memantau permohonan cadangan pemajuan dan permohonan-permohonan lain yang diterima oleh Pusat Setempat;
  • Memaklumkan keputusan kelulusan permohonan cadangan pemajuan kepada pemohon;
  • Membuat perakuan permohonan pembangunan tanah kepada Pejabat Tanah; dan
  • Menyediakan pelaporan berkala.

Bagi melancarkan perjalanan Pusat Setempat ini, satu Jawatankuasa ditubuhkan dan dipengerusikan oleh Yang diPertua PBT.