MENU

FUNGSI PUSAT SETEMPAT (OSC)

  1. Menerima dan menyemak permohonan pembangunan tanah, kebenaran merancang dan pelan bangunan dengan merujuk senarai semak permohonan.
  2. Meneliti permohonan yang diterima memenuhi kehendak asas atau syarat – syarat yang ditetapkan.
  3. Membuat edaran permohonan cadangan pemajuan kepada jabatan – jabatan yang berkenaan untuk memproses dan jabatan/agensi teknikal yang berkenaan untuk ulasan dan pandangan.
  4. Memantau permohonan – permohonan yang telah diedarkan kepada jabatan / agensi teknikal.
  5. Memaklumkan kepada Jawatankuasa Pusat Setempat mengenai permohonan yang telah diterima.
  6. Mendapatkan maklum balas lanjut daripada agensi teknikal sekiranya terdapat apa – apa isu dan masalah.
  7. Menyelaras dan mengedarkan kertas kerja cadangan pemajuan beserta pelan pra – hitungan untuk mendapat pertimbangan Jawatankuasa Pusat Setempat.
  8. Mengemaskini status permohonan di dalam portal OSC.

 

KEAHLIAN JAWATANKUASA PUSAT SETEMPAT (OSC)

Jawatankuasa Pusat Setempat yang dipengerusikan oleh Yang diPertua PBT terdiri dari ahli-ahli seperti berikut:

Jadual Keahlian Jawatankuasa Pusat Setempat

Pengerusi

Yang Dipertua PBT

Setiausaha

Ketua Unit Pusat Setempat

Ahli

Pengarah Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri

Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Perak

Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Perak

Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak

Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak

Pengarah Tenaga Nasional Berhad Ipoh

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Pentadbir Pejabat Daerah & Tanah Ipoh

Jurutera Daerah Jabatan Kerja Raya, Daerah Kinta

Pengurus Indah Water Konsortium

Pengurus Wilayah Tengah 1, Lembaga Air Perak

Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Pengarah Jabatan Mineral & Geosains Negeri Perak

Pengarah Jabatan Perancang PBT

Pengarah Jabatan Lanskap PBT

Pengarah Jabatan Kesihatan PBT,K                                                         

Pengarah Jabatan Bangunan PBT

Pengarah Jabatan Kejuruteraan PBT

Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Negeri Perak

Pengarah Kanan (Perancangan dan Pembangunan)

Pemangku Pengarah Pelesenan dan Penguatkuasaan Bandaraya

Ketua Unit Suruhanjaya Bangunan Bandaraya

Penasihat Undang-Undang Bandaraya

Pengarah Penilaian Bandaraya

4 Orang Ahli Majlis