MENU

UNIT PENTADBIRAN UTC PERAK

UTC Perak merupakan pusat sehenti yang menawarkan pelbagai perkhidmatan kepada komuniti bandar melalui perkhidmatan berpusat dan beroperasi  setiap hari kecuali cuti umum bermula dari jam 08.30 pagi hingga 10.00 malam.  UTC Perak telah mula beroperasi pada 02 Januari 2013 dan telah dilancarkan secara rasmi oleh YAB Perdana Menteri pada 15 Februari 2013. Sehingga kini terdapat 47 agensi kerajaan, swasta dan NGO yang beroperasi di UTC Perak serta menyediakan 10 kluster perkhidmatan seperti berikut :

 

  1. Perkhidmatan Gunasama Kerajaan
  2. Perkhidmatan Keselamatan
  3. Perkhidmatan Kesihatan
  4. Perkhidmatan Kewangan
  5. Perkhidmatan Pendidikan, Latihan dan Pekerjaan
  6. Perkhidmatan Pembangunan Belia
  7. Perkhidmatan Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat
  8. Perkhidmatan Pembangunan, Perniagaan dan Keusahawanan
  9. Perkhidmatan Utiliti
  10. Perkhidmatan NGO

 

MISI

“Memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat”

 

VISI

“UTC Perak “vibrant, vible, value & sustainable” sebagai pusat sehenti pelbagai perkhidmatan”

 

OBJEKTIF UNIT PENTADBIRAN UTC PERAK

  1. Menjalankan tugas dengan profesional dan berdedikasi.
  2. Memantapkan Pengurusan UTC Perak dari segi pentadbiran, kewangan dan operasi.
  3. Memastikan penyelenggaraan bangunan dengan cepat dan cekap.
  4. Mempromosikan UTC Perak sebagai tempat tumpuan ramai (people centric).
  5. Memastikan urusan agensi-agensi di UTC Perak berjalan lancar.
  6. Memberi perkhidmatan penyampaian awam dengan baik.

 

Unit Pentadbiran UTC Perak mempunyai anggota kerja seramai 14 orang dengan diterajui oleh Pengurus Besar dan digerakkan oleh tiga bahagian iaitu Unit Tadbiran dan Kewangan, Unit Awam dan Struktur serta Unit Mekanikal dan Elektrikal bagi mengurus dan menyelaras urusan pentadbiran dan pengurusan  di UTC Perak.

 

FUNGSI UTAMA

Bahagian Pentadbiran dan Kewangan

  1. Memantau dan membantu agensi yang memberikan perkhidmatan.
  2. Melaksanakan kutipan sewaan/caj perkhidmatan dan caj elektrik setiap agensi.
  3. Menyediakan laporan pengunjung dan laporan kutipan hasil agensi.
  4. Kutipan hasil dan pengeluaran resit daripada pelbagai sewaan pihak luar.
  5. Menyediakan surat mesyuarat kepada Kementerian Kewangan , kerajaan negeri dan Majlis Bandaraya Ipoh.
  6. Menyediakan laporan UTC untuk mesyuarat Akaun Amanah UTC Perak.
  7. Memproses permohonan pelekat kenderaan petugas UTC Perak.
  8. Mengendalikan program lawatan ke UTC Perak.
  9. ndak sebagai Pegawai Perhubungan Awam kepada UTC Perak.
  10. Mengada dan melapor program “Community Services desk (CSD).
  11. Memelihara dan meningkatkan imej dan pengurusan kualiti di UTC.
  12. Menggalakkan pembangunan inovasi.
  13. Mempromosikan tapak-tapak sewaan.
  14. Memastikan Pegawai Khidmat Pelanggan sentiasa mesra pengunjung.

 

Bahagian Awam dan Struktur

  1. nggara Bangunan UTC Perak.
  2. Memastikan utiliti awam dan struktur di UTC Perak berada dalam keadaan baik.
  3. Memantau kebersihan seluruh kawasan UTC Perak termasuk di dalam agensi .
  4. Menyelaras kerosakan awam dan struktur dengan jabatan terlibat di MBI.
  5. Mengambil tindakan segera atas sebarang aduan berkaitan UTC Perak yang diterima.

 

 Bahagian Mekanikal dan Elektrikal

  1. nggara Bangunan UTC Perak.
  2. Memastikan utiliti mekanikal dan elektrikal di UTC Perak berada dalam keadaan baik.
  3. Menyelaras kerosakan mekanikal dan elektrikal dengan jabatan terlibat di MBI.
  4. Mengambil tindakan segera atas sebarang aduan berkaitan UTC Perak yang diterima.
  5. Memantau penyelenggaraan mekanikal dan elektrikal.
  6. Merekodkan bacaan bulanan meter elektrik setiap agensi
  7. Memantau keselamatan seluruh kawasan bangunan UTC Perak.