MENU

UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT

OBJEKTIF

Menyediakan kemudahan ICT yang memenuhi keperluan semua pengguna ICT Maj;is melalui 6 cara iaitu:

  • Memperkukuhkan rangkaian dan keselamatan ICT Majlis
  • Memantapkan perisian dan sistem-sistem aplikasi yang digunapakai
  • Menguruskan keperluan perkakasan dan peralatan komputer dengan cekap
  • Mempertingkatkan kemahiran ICT anggota-anggota Majlis
  • Menggalak dan memaksimumkan penggunaan ICT dalm urusan harian Majlis
  • Menyediakan khidmat sokongan yang efisyen

 

VISI

Menjadikan Majlis Bandaraya Ipoh sebagai Pihak Berkuasa Tempatan yang efisyen dalam mengoptimumkan penggunaan ICT untuk mempertingkatkan mutu sistem penyampaian perkhidmatan Majlis.

 

MISI

Menyedia dan memperkemaskan infrastruktur dan kemudahan ICT serta membudayakan ICT di kalangan anggota-anggota Majlis di samping memberi khidmat sokongan yang mantap kepada para pengguna ICT yang berkenaan

 

FUNGSI

  1. Unit Khidmat Sokongan dan Am
  • Menyediakan Pelan Strategik ICT untuk Majlis Bandaraya Ipoh.
  • Merancang, menyelaras dan menguruskan keperluan perkakasan, peralatan dan perisian komputer Majlis.
  • Menguruskan dan mengemaskini rekod aset dan iventori ICT Majlis.
  • Menguruskan pelupusan aset ICT Majlis.
  • Menguruskan dan mengemaskini Laman Web / Portal Majlis Bandaraya Ipoh.
  • Merancang, menyelaras, mengurus dan memberi latihan-latihan ICT termasuk kursus asas dan lanjutan kepada anggota-anggota Majlis.
  1. Unit Rangkaian & Keselamatan ICT
  • Menyedia dan mengemaskini Garis Panduan Keselamatan ICT dan prosedur/tatacara penggunaan ICT dari masa ke semasa serta memantau pematuhan kepada garis panduan/prosedur/tatacara tersebut.
  • Menyedia dan menyelaras keperluan infrastruktur ICT Majlis.
  • Mengkaji penggunaan rangkaian, internet dan kawalan keselamatan ICT serta melakukan penambahbaikan dari masa ke semasa.
  • Menangani sebarang insiden keselamatan ICT yang berlaku ke atas Majlis.
  1. Unit Sistem Aplikasi
  • Membangunkan, menyelenggara dan mempertingkatkan sistem-sistem aplikasi Majlis yang dibangunkan secara in-house.
  • Memantau serta menyelaras pembangunan dan menyelenggara sistem-sistem aplikasi yang dibangunkan oleh pihak konsultan yang dilantik oleh Majlis.
  • Mengkaji penggunaan sistem-sistem aplikasi Majlis sediaada dari masa ke semasa untuk tujuan penambahbaikan.
  • Menyediakan dan mengemaskini Manual Pengguna dan Manual Sistem untuk setiap sistem aplikasi yang dibangunkan secara in-house.

 

CARTA ORGANISASI UNIT