MENU

1000 wargakota Ipoh telah menyertai Kayuhan Merdeka 2018 di Persiaran Bandaraya Ipoh pada malam 30 Ogos 2018.

Program sempena Sambutan Hari Kebangsaan ini adalah anjuran Majlis Bandaraya Ipoh bersama Kerajaan Negeri Perak .

YAB Menteri Besar Perak dan EXCO Kerajaan Negeri Perak turut berkayuh di program tersebut yang turut dihadiri oleh Datuk Bandar Ipoh.

Laluan kayuhan ini bermula di Dataran Bandaraya Ipoh sehingga ke  Jalan Sultan Abdul Jalil, Jalan Sultan Idris Shah, Jalan Raja Di Hilir, Jalan Tambun, Jalan Hospital, Jalan Dato Seri Ahmad dan akhirnya tamat di Dataran Bandaraya Ipoh.

Pada awal pagi tadi, MBI turut menganjurkan Program Kibar Jalur Gemilang, Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat MBI serta Penyerahan Jalur Gemilang kepada kontigen kawad MBI.

Semoga Program Kayuhan Merdeka 2018 akan memeriahkan lagi Sambutan Hari Kebangsaan serta menyemai semangat cintakan negara.