MENU

18 Januari 2020-2 orang anak anggota MBI iaitu Adik Muhammad Dzulkarnain bin Dzulkafli, anak kepada Dzulkafli bin Lin dan Muhamad Naufal Jerfan Bin Mohd Zainudin, anak kepada Mohd Zainudin Bin Khalid telah mewakili 250 anak anggota MBI menerima bantuan program Back To School pagi tadi.

Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@ Md Daud, Datuk Bandar Ipoh telah menyampaikan bantuan tersebut di Dewan Azlan Shah, Tingkat 10, Bangunan MBI, Jalan Sultan Abdul Jalil, Ipoh. Ia turut dihadiri oleh Y.Bhg. Dato' Mazelan bin Mohamed, Pengurus Besar Puncak Emas Infra Sdn. Bhd (PEISB) dan Encik Rozamir Bin Zulkifli Pengarah Urusan Canggih Sutera Sdn Bhd.

Program anjuran Majlis Bandaraya Ipoh, Puncak Emas Infra Sdn. Bhd dan Canggih Sutera Sdn. Bhd, syarikat penyedia, pembekal, pemborong dan pengeluar kelengkapan pakaian seragam dan uniform sekolah ini diadakan bertujuan untuk mengurangkan beban ibu bapa dalam membeli keperluan barangan sekolah serta menjalankan tanggungjawab sosial korporat (CSR) terhadap anak anggota MBI dan anak penyewa rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) dalam kategori B40.

Setiap pelajar menerima beg sekolah, sepasang baju, kasut dan stokin dan set alatulis.

Pada 14 Januari lalu, 50 pelajar dari rumah pangsa Rumah  Buntong Harmoni dan Rumah Pangsa Kinta Heights turut menerima bantuan  Program Back To School 2021 di dua lokasi iaitu Pusat Krt Rumah Pangsa Buntong Harmoni (25 pelajar) dan Pusat KRT Rumah Pangsa Kinta Heights (25 pelajar) . Clr. Encik Jayagopi a/l M.Subramaniam, Ahli Majlis  MBI merangkap Pengerusi Jawatan Kecil Komuniti dan Perpaduan MBI telah menyampaikan bantuan tersebut.

Semoga bantuan seumpama akan turut dijalankan oleh semua pihak termasuk agensi swasta dan NGO dalam memastikan kebajikan wargakota Ipoh sentiasa dipelihara sejajar dengan usaha MBI untuk menjadikan Ipoh sebuah Bandaraya yang Bersih, Hijau dan Sejahtera.