MENU

 

PENGENALAN  

Program Pematuhan Pembersihan Lot Semak Samun Sendiri (KENDIRI) Memberi Panduan Kepada Pemilik Lot Tanah Kosong / Rumah Terbiar Bagi Menyelenggara Harta Milik Mereka Dengan Memilih Sendiri Kontraktor Kerja Pembersihan Daripada Senarai Nama Kontraktor Yang Telah Disediakan Oleh Majlis Melalui Risalah.

 

FUNGSI

Merupakan penciptaan satu proses kerja baharu di mana pemilik boleh memperolehi risalah Program Pematuhan Pembersihan Lot Semak Samun Sendiri (KENDIRI) yang telah diuar-uarkan melalui media massa dan laman sosial. Ia mengaplikasikan konsep komunikasi yang berkesan berdasarkan bukti melalui strategi dan kerjasama tripartite di antara MBI, pemilik dan kontraktor pembersihan bagi mencapai kesedaran pengaturan sendiri (kendiri) oleh pemilik.

 

IMPAK

  • Pembersihan lot semak samun dalam tempoh kurang dari 7 hari.
  • Menjimatkan kos dan tenaga dari segi pengurusan oleh Majlis Bandaraya Ipoh.
  • Meningkatkan kesedaran di kalangan pemilik lot tanah kosong / rumah terbiar. supaya ‘ self regulate’ / pengaturan sendiri ‘KENDIRI’.
  • Membantu mengurangkan kejadian kes Demam Denggi.
  • Mengurangkan aduan berkaitan semaksamun lot milik persendirian.
  • Menjamin persekitaran yang bersih dan selamat kepada warga bandar raya.
  • Meningkatkan kepuasan pelanggan bandar raya.