MENU

Kira-kira 500 warga Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan penduduk Taman Wah Keong telah menyertai program gotong royong membersihkan kawasan di sekitar Taman Wah Keong yang telah diadakan pada 21 Jun 2019.

Program tersebut telah dirasmikan oleh Ahli Majlis MBI, Clr. Wong Kar Keat. Turut hadir YB Jenny Choi, ADUN Canning dan ketua-ketua jabatan MBI.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah pembersihan sampah haram, menanggal poster along, mengecat bahu dan pembahagi jalan, mencantas pokok, pembersihan scupper hole dan kaki lima serta pembersihan sekitar kawasan.

Sepanjang tahun lalu, MBI telah membersihkan lebih daripada 40,000 longgokan sampah haram dan melupuskan hampir 200,000 tan sisa domestik.

MBI juga telah menjalankan 124 aktiviti gotong-royong serta memasang lebih daripada 500 papan tanda larangan membuang sampah di seluruh bandar raya.

Wong Kar Keat di dalam ucapannya, berharap semua pihak dapat memberi kerjasama yang erat dalam usaha MBI menjadikan Ipoh sebuah Bandaraya yang Bersih, Hijau dan Maju.