MENU

Kira-kira 7,000 pengunjung yang terdiri dari pelbagai kaum di Bandaraya Ipoh dan kawasan sekitarnya telah menyertai Ipoh Car Free Day’ yang berlangsung di Jalan Raja DiHilir.

Program yang bermula sejak jam 7.00 hingga 10.00 pagi itu merupakan kali ke 41 sejak ia diadakan pada Oktober 2015.

Setiausaha Bandaraya, Mohd Zakuan Zakaria berkata, selain daripada untuk mencapai objektif kearah sebuah Bandar Rendah Karbon, penganjuran program “Car Free Day” ini juga bertujuan untuk meningkatkan Indeks kebahagiaan dikalangan wargakota dengan memupuk kesedaran alam sekitar, kesihatan, keselamatan, sejarah dan warisan Ipoh.

Pelaksanaan Ipoh Car Free Day ini juga merupakan program yang diadakan bagi mencapai matlamat
Cities 2030 - Cities for All (WUF – Implementing New Urban Agenda) Leave No One Behind (Agenda 2030 UNDP),
Bandar Kita Milik Kita (Pemerkasaan PBT) dan
Our City Our Responsibility (Kohijau – Mewujudkan Wargakota Bertanggung Jawap Kearah Persekitaran Mampan).

Pada bulan ini, tema Car Free Day adalah Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2019.

Selain itu, CFD pada kali ini yang diadakan pada bulan Jun turut meraikan Sambutan Hari Bapa (Father's Day), Sambutan Hari Kanak-Kanak Antarabangsa (International Children's Day), Sambutan Hari Lautan Sedunia (World Oceans Day), Sambutan Hari Derma Darah Sedunia (World Blood Donor Day), Sambutan Hari Pelarian Sedunia (World Refugee Day), Sambutan Hari Hidrografi Sedunia (World Hydrography Day), Sambutan Hari Yoga Antarabangsa (International Yoga Day) dan Sambutan Hari Menentang Penyalahgunaan Dadah dan Perdagangan Haram Antarabangsa (International Day against Drug Abuse and Illicit Trafficking).

Program itu telah menarik minat para pengunjung untuk bersama-sama menyertai acara yang telah disediakan oleh pelbagai.

Antaranya pihak bomba, polis, Perpustakaan Tun Razak MBI dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Selain itu, seramai 200 peserta Kelab Speda Klasik Kinta telah menyertai Kayuhan Eid Mubarak 2019 yang dilepaskan oleh YB Paul Yong Choo Kiong, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baru.

Turut hadir Encik Mohd Zakuan Zakaria, Setiausaha Bandaraya, Ahli-Ahli Majlis dan ketua-ketua jabatan MBI.

Antara acara yang diadakan ialah senamrobik oleh Puspanita, pameran kesedaran alam sekitar oleh Perbadanan Perpustakaan Negeri Perak dan pemeriksaan kesihatan percuma oleh Hospital Raja Permaisuri Bainun dan KPJ Hospital.

Akademi Hoki Raja Ashman Shah (AHF) turut menganjurkan program skills test sempena menyambut Olympic Day yang akan disambut serentak di seluruh dunia yang turut dihadiri oleh Y.Bhg. Dato Abdul Rahim Md Ariff, Presiden Persatuan Hoki Perak.