MENU

23 Februari 2020 - Kira-kira 7,000 pengunjung yang terdiri dari pelbagai kaum di Bandaraya Ipoh dan kawasan sekitarnya telah menyertai Ipoh Car Free Day’ yang berlangsung di Jalan Sultan Abdul Jalil. Ia turut dihadiri oleh YB Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak merangkap Datuk Bandar Ipoh, Encik Zulqarnain Mohamad, YDP MPKK dan ketua jabatan MBI.

Program yang bermula sejak jam 7.00 hingga 10.00 pagi itu merupakan kali ke 49 sejak ia diadakan pada Oktober 2015.

Tema utama Ipoh CFD pada bulan Februari ini adalah World Thinking Day dan Climate Change.

Antara acara yang telah diadakan adalah Larian Salji Putih Syria 2020 anjuran Aman Palestin Malaysia, senamrobik dan Fun Ride.

Antara agensi dan NGO yang terlibat adalah Ipoh City Watch, Access Kick Boxing Centre, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Pejabat Kesihatan Daerah Kinta, Hevea KB, Cycledios, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Tower Regency, ISMA, Daybreak, Best Computer, Puspanita, PDRM, Perpustakaan Tun Razak, KPJ Hospital dan pelbagai agensi lain.