MENU

Program Cabutan Bertuah Cukai Taksiran di Majlis Bandaraya Ipoh ini telah dilaksanakan beberapa tahun yang lalu. Sejak diperkenalkan, pembayaran setahun Bil Cukai Taksiran telah meningkat tahun demi tahun.

Peningkatan yang berlaku ini adalah tanda-tanda positif wargakota menyambut baik pembayaran Setahun Bil Cukai Taksir dan seterusnya Cabutan Bertuah yang dijalankan oleh pihak Majlis Bandaraya Ipoh.

Pemberian hadiah-hadiah hebat dalam program cabutan bertuah ini juga adalah sebagai tanda penghargaan dan terima kasih pihak Majlis kepada pembayar-pembayar cukai yang melaksanakan tanggungjawab mereka kepada Bandaraya Ipoh.

Bagi tahun 2021, pihak Majlis menawarkan Hadiah-Hadiah Cabutan Bertuah yang menarik berupa Wang Tunai berjumlah RM 76,000.00 untuk dimenangi oleh wargakota yang bertuah. Pembayar yang membuat bayaran Cukai Taksiran Setahun dan tanpa tunggakan layak menyertai Cabutan Bertuah yang menawarkan hadiah utama iaitu Wang Tunai bernilai RM 20,000.00.

Cabutan Bertuah ini layak untuk semua pembayaran Cukai Taksiran Setahun dan tanpa tunggakan di Kaunter Pembayaran Majlis Bandaraya Ipoh serta pembayaran secara ‘online’ iaitu pembayaran e- bayaran melalui laman sesawang MBI di alamat www.mbi.gov.my, perbankan internet, Jompay dan juga PBTOnline.

Ini merupakan langkah untuk menggalakkan wargakota membuat pembayaran tanpa perlu hadir ke kaunter tetapi masih boleh menyertai Cabutan Bertuah.

Majlis juga menyediakan 50,000 unit cenderahati menarik yang berupa ‘Sampul Tempat Menyimpan Pelitup Muka (Facemask)’ kepada wargakota yang membuat pembayaran awal Bil Cukai Taksiran Tahun 2021.