MENU
Majlis Bandaraya Ipoh telah melaksanakan cabutan kerja undi melalui lintas lansung di Facebook Majlis Bandaraya Ipoh petang tadi.
 
Cabutan kerja undi tersebut telah dilaksanakan oleh Clr. Dato' Mazlan bin Abdul Rahman, Clr. Encik Mahader Ahmad Bin Mohammad Ayob dan Clr. Tuan Haji Abu Bakar bin Hussian, Ahli Majlis MBI. Ia turut dihadiri oleh Setiausaha Bandaraya, Pengarah Kanan, ketua jabatan MBI dan wakil Persatuan Kontraktor.
Sejumlah RM1.92 juta telah diperuntukkan bagi 28 kerja yang akan dilaksanakan sebagai kerja undi yang mana terbuka kepada kontraktor yang berdaftar dengan CIDB G1 dalam Daerah Kinta sahaja.
 
Peruntukan yang terlibat adalah dari Pejabat Kewangan Negeri Perak dan juga Majlis Bandaraya Ipoh.
4 kategori pengkhususan iaitu CE21 (kerja-kerja kejuruteraan awam sejumlah 21 kerja), B04 (kerja-kerja pembinaan bangunan 1 kerja), B24 (kerja-kerja penyenggaraan bangunan 3 kerja) dan E11 (kerja-kerja am letrik 3 kerja).
 
Dengan adanya dana ini akan merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi negeri Perak bagi meringankan beban rakyat khususnya kontraktor G1 yang terkesan secara langsung dengan pandemik Covid-19 yang sedang melanda seluruh dunia.
 
 

 

Saksikan Cabutan Kerja-Kerja Undi Sesi 22/01/21 secara siaran langsung di Facebook Majlis Bandaraya Ipoh.

FB MBI : https://fb.watch/3Uq137UJgp/

 
 
 
 
 
 
 
 
 

Saksikan Cabutan Kerja-Kerja Undi Sesi 22/01/21 secara siaran langsung di Facebook Majlis Bandaraya Ipoh.

FB MBI : https://fb.watch/3Uq137UJgp/