MENU

BANTUAN KHAS KEPADA PENJAJA DAN PENIAGA KECIL BERLESEN DENGAN MAJLIS BANDARAYA IPOH

Pada 18 Mac 2020 yang lalu, Menteri Besar Perak telah mengumumkan pemberian bantuan one-off RM500 daripada Kerajaan Negeri Perak untuk penjaja dan peniaga kecil yg berdaftar dengan semua PBT Perak termasuk Majlis Bandaraya Ipoh.

Pemberian bantuan khas ini bertujuan untuk meringankan bebanan para penjaja dan peniaga kecil dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan bagi  membendung wabak Covid-19.

Oleh itu, semua penjaja dan peniaga kecil yang yang berlesen dengan Majlis Bandaraya Ipoh boleh mula menyemak kelayakan di laman web MBI bermula isnin, 23 Mac 2020. Mereka yang layak dan memenuhi syarat perlu mengemukakan maklumat yang diperlukan bagi agihan bantuan dapat dibuat secara atas talian.

Sebarang pertanyaan boleh emel kepada bantuanpenjaja@mbi.gov.my.

#STAYATHOME
#DUDUKDIRUMAH
#JANGANKELUAR
#SELAMATKANMALAYSIA
 

>>>KLIK UNTUK SEMAKAN<<<