MENU

Majlis Bandaraya Ipoh bersama Pasukan Hazmat, Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia Negeri Perak bekerjasama dalam menjalankan kerja-kerja nyah kuman ( disinfeksi ) di kawasan tumpuan awam seperti lokasi pengangkutan awam iaitu premis Stesen Keretapi (KTM) Ipoh, Stesen Bas Sri Maju, Hentian Bas Awam di sekitar hospital awam/swasta dan premis  mesin ATM.

Aktiviti ini akan diperluaskan lagi secara berterusan.