MENU

2 APRIL 2020 - Keselesaan dan keselamatan pengguna jalan raya di Bandaraya Ipoh adalah keutamaan utama Majlis Bandaraya Ipoh pada setiap masa.

Oleh itu, walaupun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, Jabatan Landskap dan Unit PANTAS Majlis Bandaraya Ipoh bersama BOMBA terus komited menjalankan kerja-kerja mengalih pokok tumbang dan membuka laluan kepada pengguna jalan raya.

Kejadian pokok tumbang seumpama ini kerap berlaku akhir-akhir ini disebabkan oleh hujan lebat.

Antara lokasi berkenaan adalah sekitar Regat Rokam 5, Sungai Rokam, sekitar Hotel Seri Malaysia dan Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz.

Pada petang tadi, hanya kerja-kerja mengalih dan membuka laluan sahaja dijalankan manakala kerja-kerja pembersihan pula akan dijalankan pada keesokan hari.

#StayAtHome
#DudukDIRumah
#JanganKeluar
#MBIDanAnda
#SelamatkanMalaysia