MENU

31 Mac 2020 - Majlis Bandaraya Ipoh bersama Pasukan Hazmat, Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia Negeri Perak telah bekerjasama dalam menjalankan kerja-kerja nyah kuman ( disinfeksi ) di Pusat Membeli Belah Ipoh Parade, Pasaraya The Store Jalan Kampar dan Jalan Dato' Onn Jaafar hari ini.

Kerja-kerja nyahkuman sebelum ini telah dijalankan di kawasan tumpuan awam seperti lokasi pengangkutan awam iaitu premis Stesen Keretapi (KTM) Ipoh, Stesen Bas Sri Maju, Hentian Bas Awam di sekitar hospital awam/swasta dan premis mesin ATM serta Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah.

Aktiviti ini akan diperluaskan lagi secara berterusan.

#StayAtHome
#DudukDIRumah
#JanganKeluar
#MBIDanAnda
#SelamatkanMalaysia