MENU

Hari ini, 25 Mac 2020 seramai 8 orang petugas dan 2 orang pegawai dari Unit Vektor, Majlis Bandaraya Ipoh telah menjalankan aktiviti disinfeksi di premis lokasi Pengangkutan Awam iaitu TERMINAL MERU RAYA dari jam 8.30 hingga 10.00 pagi di Tingkat Atas Balai Ketibaan dan Keseluruhan Tingkat Bawah dengan keluasan lebih kurang 100,000 kaki persegi.

Kerja-kerja disinfeksi dan pembersihan seumpama ini akan diteruskan sehingga 31 Mac 2020 di pelbagai lokasi lain seperti di Medan Selera, Pasar Awam* dan Taman-Taman Rekreasi milik majlis
di sekitar Kawasan Majlis Bandaraya Ipoh.

Proses disinfeksi / pembersihan ini merupakan antara langkah yang diambil oleh Majlis Bandaraya Ipoh untuk memastikan tahap kebersihan serta membendung mengawal penularan wabak Covid-19 di kawasan-kawasan awam yang berisiko untuk terdedah kepada penyebaran wabak ini.

Semoga usaha dan inisiatif ini dapat membantu mengawal penularan wabak Covid-19 yang sedang melanda negara pada ketika ini.

#StayAtHome
#DudukDIRumah
#JanganKeluar
#MBIDanAnda
#SelamatkanMalaysia