MENU

Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sedang menjalankan kerja-kerja disinfeksi dan pembersihan di sekitar kawasan bangunan milik Majlis Bandaraya Ipoh.

Kerja-kerja disinfeksi/pembersihan ini telah bermula pada hari ini, 23 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020 dan akan diteruskan di pelbagai lokasi di Medan Selera, Pasar Awam serta Taman-Taman Rekreasi milik majlis
di sekitar Kawasan Majlis Bandaraya Ipoh.

Proses disinfeksi / pembersihan ini merupakan antara langkah yang diambil oleh Majlis Bandaraya Ipoh untuk memastikan tahap kebersihan serta membendung mengawal penularan wabak Covid-19 di kawasan-kawasan awam yang berisiko untuk terdedah kepada penyebaran wabak ini.

Semoga usaha dan inisiatif ini dapat membantu mengawal penularan wabak Covid-19 yang sedang melanda negara pada ketika ini.

#STAYATHOME
#DUDUKDIRUMAH
#JANGANKELUAR
#MBIDANANDA
#SELAMATKANMALAYSIA