MENU

Mulai 21 hingga 31 Mac 2020, Majlis Bandaraya akan membuka Bilik Gerakan bagi membantu menyelesaikan permasalahan wargakota Ipoh khususnya yang melibatkan para peniaga dan penjaja di sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dari 18 hingga 31 Mac 2020.

Wargakota Ipoh boleh menggunakan saluran telefon di talian hotline 05-2551515.

Wargakota Ipoh juga boleh menggunakan saluran media sosial MBI iaitu whatsapp di talian 019-5503083 serta facebook, twitter dan youtube.

Waktu operasi Bilik Gerakan MBI adalah dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Bersama-sama ini   disertakan makluman operasi Bilik Gerakan Covid-19 MBI.

Semoga pembukaan Bilik Gerakan Covid-19 ini akan dapat membantu mengurangkan pergerakan serta memberi penjelasan yang lebih tepat dan sahih kepada wargakota Ipoh khususnya para peniaga dan penjaja.

#STAY AT HOME
#DUDUK DI RUMAH