MENU

Unit Perolehan Darah Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh dengan kerjasama Majlis Bandaraya Ipoh akan membuka Pusat Derma Darah di
Ruang Legar Stadium Indera Mulia mulai 23 hingga 31 Mac 2020 dari jam  11.00 pagi hingga 4.00 petang.

Pada tarikh dan masa yang sama, HRPB juga akan membuka pusat seumpama ini di Pusat Membeli Belah AEON Kinta City Ipoh.

Sehubungan dengan itu, wargakota Ipoh adalah dipohon untuk menderma darah bagi meningkatkan stok darah di HRPB bagi membantu pesakit-pesakit yang memerlukan seperti Thalasemia, pesakit kanser serta kes-kes kecemasan termasuk ibu mengandung yang mengalami tumpah darah.

Sekiranya wargakota Ipoh ingin hadir, sila isi google form link ini:
 https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdOgLc-a_rX5pUTc9P2Xhmo7ns71BtGC1Wov9AvyBIkjkNBJQ/viewform

Untuk keterangan lanjut, wargakota Ipoh boleh melawati Facebook Derma Darah Ipoh.

Sumbangan anda akan membantu menyelamatkan nyawa.

MAJLIS BANDARAYA IPOH